CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2779|Reply: 0

[Kelantan] Hasil padi di Kelantan dijangka berkurangan 25 peratus akibat kemarau

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian pesawah menunjukkan tanah padi seluas 200 hektar yang diusahakan mereka rosak akibat ketiadaan air berikutan musim kemarau. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menjangkakan hasil padi merosot sehingga 25 peratus pada musim ini berbanding tahun lalu yang memperoleh hasil lebih 212,000 tan metrik.

Pengerusinya, Muhammad Husin berkata, ia berikutan faktor kebanyakan sawah kering dan ketiadaan air susulan musim kemarau yang melanda negara.

"Suhu yang terbaik bagi tanaman padi adalah di antara 30 hingga 34 darjah Celsius. Sekiranya bertambah satu darjah suhu akan menyebabkan pengurangan hasil 10 peratus.

"Kita menjangkakan hasil Kada akan berkurangan sehingga 25 peratus akibat dari kemarau berbanding tahun lepas pengeluaran padi lebih daripada 212,000 tan metrik iaitu purata setiap hektar memperoleh 4.2 tan.



"Sehingga kini, 2,630 pesawah yang terjejas akibat kemarau membabitkan keluasan 9,100 hektar," katanya ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan, lebih 50 pesawah membabitkan tanah padi seluas lebih 200 hektar di Kampung Aur Duri, di sini, buntu apabila sebahagian besar sawah padi yang diusahakan mereka rosak akibat ketiadaan air berikutan musim kemarau.

Mereka mendakwa, sebahagian besar padi yang diusahakan mereka sejak Disember lalu itu mulai rosak sejak dua minggu lalu, manakala sebahagian lagi hanya mampu bertahan seminggu sahaja.

Lebih malang, impian pesawah berkenaan yang mahu mengaut keuntungan juga tidak kesampaian, sebaliknya berdepan kerugian puluhan ribu ringgit setiap seorang.

Sementara itu mengulas mengenai masalah yang berlaku di Kampung Aur Duri, Muhamad berkata, operasi pam air buat masa sekarang ditetapkan dari 8 pagi sehingga ke 12 tengah malam.

Katanya, paras operasi pam bergantung kepada paras semasa air sungai Kelantan dan agihan air ke bendang padi yang terbabit juga secara giliran mengikut pintu air.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atus-akibat-kemarau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.793732 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list