CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19656|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kekal tradisi pembuatan bedak sejuk sejak 1975

[Copy link]
Post time 16-3-2024 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Kekal tradisi pembuatan bedak sejuk sejak 1975

16 Mac 2024 10:51am








Seong Huat menunjukkan bedak sejuk legasi yang diperturunkan dari mendiang bapanya, Yeoh Keng Béng sejak 1975 yang dikenali sebagai ‘Perniagaan Bedak Sejuk Lean Seng’. Foto Bernama




BALIK PULAU - Suatu ketika dahulu, bedak sejuk merupakan produk penjagaan kulit tradisional yang sangat popular dalam kalangan wanita khususnya di negara ini untuk mendapatkan kulit halus, gebu dan bebas jerawat.

Bedak sejuk yang diperbuat daripada satu bahan asas sahaja iaitu beras yang direndam untuk jangka masa lama, mampu memberikan pelbagai kesan positif selain bebas bahan kimia sekali gus menjadikan ia masih kekal relevan sehingga ke hari ini.



Biarpun terdapat saingan daripada lambakan rangkaian produk kecantikan moden di pasaran, namun Yeoh Seong Huat, 47, tekad meneruskan legasi 'Perniagaan Bedak Sejuk Lean Seng' yang diusahakan oleh mendiang bapanya Yeoh Keng Beng sejak 1975.


Kaedah pembuatan bedak sejuk secara tradisional dengan menggunakan tangan masih dikekalkan. Foto Bernama




Mengekalkan kaedah pembuatan secara tradisional menggunakan tangan, Seong Huat yang berasal dari Kampung Jalan Baru di sini menghasilkan bedak sejuk secara berseorangan di rumah dan hanya dibantu oleh abang dan adiknya sekiranya mereka mempunyai masa terluang.



"Sekarang ramai peniaga bedak sejuk di pasaran tetapi kebanyakan mereka telah beralih menggunakan mesin kerana lebih cepat dan menjimatkan masa. Mungkin saya seorang saja yang masih gigih gunakan tangan.

"Saya tidak mahu mengubah apa yang ditinggalkan oleh mendiang bapa dan mahu ia kekal begitu kerana bagi saya, ia suatu kepuasan apabila kita dapat memberikan yang terbaik kepada pelanggan walaupun proses pembuatannya rumit serta memenatkan," katanya ketika ditemui Bernama.






Beras hancur diletakkan di dalam bekas dan direndam di dalam air selama sebulan. Foto Bernama




Bercerita mengenai proses membuat bedak sejuk, Seong Huat menerangkan beras itu perlu dicuci terlebih dahulu sebanyak lima hingga enam kali sebelum diletakkan di dalam bekas bertutup dan rendam dengan air selama lebih kurang sebulan.
Katanya, tempoh masa lama juga diperlukan supaya beras tersebut hancur melalui proses penapaian memandangkan ia penting dalam menjamin kualiti bedak sejuk yang bakal terhasil nanti.
Selepas sebulan direndam, beliau berkata, beras itu akan dicuci semula beberapa kali untuk mengurangkan bau sulfur dari proses penapaian sebelum dikisar menjadi likat seperti pes sebelum ditapis dan dijemur sehingga kering.

Ia kemudian dicampur sekali lagi dengan air dan dituang ke dalam acuan serta ditekan menggunakan tangan hingga terhasilnya bentuk kecil bedak sejuk seakan rupa titisan air.




"Ia kemudian dijemur selama dua hingga tiga jam sehingga kering dan disimpan semalaman. Keesokan harinya, bedak sejuk ini akan dijemur sekali lagi di bawah cahaya matahari terik antara empat ke lima jam dan proses itu diulang selama tiga hari untuk pastikan ia betul-betul kering.


Seong Huat menjalankan proses pengeringan bedak sejuk di kediamannya di kampung Jalan Bahru. Foto Bernama




Anak kedua dari tiga beradik itu mampu menghasilkan antara 10 hingga 20 kilogram (kg) bedak sejuk sehari bergantung kepada keadaan cuaca dan dijual pada harga RM7 sebotol.

Selain produk kecantikan moden, bedak sejuk buatan tempatan kini juga kini bersaing dengan bedak sejuk yang diimport dari negara jiran namun, bagi Yeoh dia yakin bedak sejuk buatannya masih mempunyai permintaan tinggi terutama di kalangan pelanggan tetap.

Dia juga berharap agar diberikan kesihatan yang baik untuk menyambung warisan pembuatan bedak sejuk secara tradisional kerana bimbang jika generasi muda tidak mengenalinya suatu hari nanti.

"Dulu ramai orang tua-tua di kampung yang buat sendiri (bedak sejuk) tapi,semua sudah meninggal dan anak-anak pula tak mahu sambung sebab renyah dan tak tahan bau (busuk dari beras yang ditapai)," katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 162621 Replies : 3932
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19733 Replies : 79
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26465 Replies : 197
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4763 Replies : 69
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71690 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4233 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4633 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.408569 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list