View: 7766|Reply: 2
|
[Dunia]
Suami indon ditangkap khalwat pura-pura pengsan
[Copy link]
|
|
Suami ditangkap khalwat pura-pura pengsan
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -pura-pura-pengsan/
Oleh KOSMO!
14 Mac 2024, 6:35 pm
Si suami yang jelas terkejut secara tiba-tiba jatuh dan kelihatan seolah-olah pengsan. – Instagram
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia mengundang ketawa netizen kerana memaparkan aksi licik seorang suami berpura-pura pengsan selepas dia ditangkap berdua-duaan dengan wanita lain, lapor laman berita Dream hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku di Manado, wilayah Sulawesi Utara, seorang wanita iaitu isteri lelaki berkenaan dilihat tiba di sebuah bilik sewa bersama beberapa anggota polis.
Setelah pintu bilik dibuka, si suami yang jelas terkejut secara tiba-tiba rebah dan kelihatan seperti pengsan.
Si isteri didengari memberitahu anggota polis supaya tidak menghiraukan suaminya yang hanya berpura-pura.
“Dia hanya berpura-pura. Dia memang selalu banyak helah, sudah biasa. Periksa sahaja (bilik),” kata si isteri.
Anggota polis meneruskan pemeriksaan mereka di dalam bilik yang dikatakan turut mempunyai seorang wanita di dalamnya.
Si suami kemudian bangun seolah-olah tersedar daripada pitam. Dia kemudian menanti di hadapan bilik yang sedang diperiksa oleh polis.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Isterinya sudah faham sangat perangai si suami. Malunya!” kata seorang netizen.
“Tidak pandai berlakon. Curang pun sudah dapat ditangkap, apatah lagi berlakon pengsan,” kata netizen lain. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduh, bagus sekali moralitas cowok Indonesia yang sesuci embun pagi?
@Nusantararaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|