CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2203|Reply: 0

[Dunia] Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, dakwa Interpol tolak 2 permohonan notis merah Malaysia

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Clare dakwa Interpol tolak 2 permohonan notis merah M'sia

https://www.malaysiakini.com/news/699336

Shahrin Aizat Noorshahrizam
Diterbitkan:  Mar 14, 2024 10:41 AM⋅
Dikemaskini: 10:41 AM



Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, mendakwa Interpol menolak permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Notis merah merupakan permohonan undang-undang peringkat antarabangsa untuk membolehkan polis sesebuah negara mengkesan dan ditangkap individu dikehendaki sebelum diekstradiri ke negara berkaitan.

"Saya ada berita hari ini - Interpol telah menolak permintaan notis merah daripada Malaysia terhadap saya," kata Clare dalam forum anjuran Pusat Kewartawanan Independen (CIJ) malam tadi.

Dia sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mendedahkan kegiatan rasuah.

Katanya dia dimaklumkan mengenai penolakan tersebut oleh pihak berkuasa British.

Bagaimanapun, Clare tidak mendedahkan bila permohonan tersebut dibuat.

Laporan BBC bulan lalu menyatakan PDRM cuba mendapatkan notis merah Interpol sebanyak dua kali ke atas Clare berhubung liputannya mengenai skandal 1MDB.

Kata Clare, kedua-dua permohonan dikemukakan pihak berkuasa Malaysia ditolak Interpol.

Clare seorang wartawan penyiasatan yang berpangkalan di UK dan membuat liputan meluas berhubung dakwaan salah guna Najib Razak dalam skandal berbilion ringgit dana 1MDB.

Wartawan itu juga mendakwa seorang anggota kanan kabinet Malaysia secara "berjenaka" memberitahu, dia hanya boleh didakwa jika menjejakkan kaki di Malaysia.

"Saya rasa saya boleh rasa sedikit lega tetapi saya tidak fikir ia berita baik kepada wartawan yang cuba menulis, bekerja dan mempertanggungjawabkan pihak berkuasa serta kerajaan Malaysia," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 163834 Replies : 3947
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5074 Replies : 70
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26622 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19834 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102704 Replies : 2875

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.325973 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list