CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14305|Reply: 0

[Sabah] PKRP Kalabakan santuni 180 KIR di Serudung Laut

[Copy link]
Post time 10-3-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Saripudin ketika menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Kampung Serudung Laut.

KALABAKAN: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Kalabakan menyantuni seramai 180 ketua isi rumah (KIR) menerusi Program Kembara Ramadan di kawasan penempatan Serudung Laut, di sini kelmarin.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kalabakan, Saripudin Nuhalim berkata, pihaknya mengambil inisiatif itu untuk mengeratkan silaturahim bersama penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya, tiga penempatan di kawasan itu yang terlibat iaitu Kampung Serudung Laut, Poirogon dan kediaman Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Serudung.

“Kita turut menyampaikan sumbangan bakul makanan keperluan asas kepada 180 KIR di kawasan Serudung Laut bagi membantu persediaan mereka menjelang bulan Ramadan.

“Walaupun penduduk di kampung itu bukan majoriti beragama Islam, namun kesempatan kembara Ramadan ini dimanfaatkan bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika turun padang mewakili Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menyampaikan sumbangan bakul makanan, di sini.


KEMBARA: Saripudin (tiga kiri) bersama Nurul dan kakitangan PKRP Kalabakan dalam program kembara berkenaan.

Menurutnya, kembara ini sangat bertepatan memandangkan kawasan Serudung Laut terletak di pedalaman iaitu kira-kira 160 kilometer dari bandar.

Saripudin berkata, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat bantuan 11 kenderaan pacuan empat roda daripada Kelab 4x4 Kalabakan sebagai pengangkutan kembara kali ini.

“PKRP Kalabakan merancang untuk mengadakan kembara Ramadan ini di empat lagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Kalabakan.

“Kami bercadang mengadakan kembara Ramadan untuk menyantuni golongan asnaf ini di 24 destinasi di Parlimen Kalabakan dalam masa terdekat,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Tawau, Nurul Fadilah Abdul Hamid.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058012 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list