CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7002|Reply: 0

[Sarawak] 24 bayi, kanak-kanak antara 58 PATI ditahan di Miri

[Copy link]
Post time 10-3-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode


Antara warga asing yang berjaya ditahan dalam serbuan berkenaan.

MIRI: 24 bayi dan kanak-kanak antara 58 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak (JIMS) dalam serbuan di sekitar bandar raya Miri pada Jumaat.

Pengarah Imigresen Negeri Sarawak Abdul Halim Abang Naili berkata operasi kira-kira jam 12.15 tengah malam itu melibatkan 60 orang pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan JIMS.

“Operasi ini dinamakan sebagai Ops Sapu dan telah dirancang setelah kita mendapat maklumat daripada hasil risikan dimana terdapat warga asing yang disyaki bekerja tanpa pas yang sah, menyalahgunakan pas dan tinggal lebih masa di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada warga Filipina dan Indonesia. Jumlah yang ditahan seramai 58 orang terdiri daripada 20 lelaki, 14 wanita dan 24 bayi serta kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau menjelaskan antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sehubungan itu, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bekenu untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Abdul Halim memberitahu, operasi seperti itu akan dijalankan di seluruh Sarawak sepanjang tahun sebagai satu usaha untuk mengekang kemasukan warga asing yang berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah.

“JIMS juga menyeru orang ramai untuk bekerjasama dengan JIMS dengan menyalurkan maklumat berhubung keberadaan warga asing yang disyaki tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah,” gesa beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.604975 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list