CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7213|Reply: 0

[Sarawak] Maritim Malaysia tahan dua bot nelayan asing disyaki tangkap ikan tanpa permit

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode


Antara nelayan asing yang ditahan dalam operasi tersebut.

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak menahan dua bot nelayan asing dari Vietnam dan Indonesia kerana disyaki melakukan aktiviti perikanan tanpa permit sah di perairan negara pada dua hari berbeza iaitu Khamis dan Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, penahanan itu dibuat oleh Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) KM Tun Fatimah ketika melakukan Ops Permai, Ops Tiris 3.0, Ops Khas Naga Timur dan Ops Khas Raja Laut 2.0 di perairan Sarawak di kedudukan 113 batu nautika utara Tanjung Po pada jam 10.30 malam Khamis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan Maritim Malaysia, terdapat tiga kru termasuk tekong warga Vietnam berusia dalam lingkungan 40 sehingga 44 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melakukan pencerobohan dan melakukan aktiviti perikanan di perairan negara," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, KM Tun Fatimah turut menahan sebuah bot nelayan Indonesia kerana melakukan kesalahan yang sama di kedudukan 82 batu nautika utara Tanjung Po, pada jam 4.10 pagi Jumaat.

"Hasil pemeriksaan mendapati, seramai empat kru termasuk tekong warga Indonesia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Kedua-dua bot berserta hasil tangkapan bernilai lebih RM3 juta dan kru bot ditahan seterusnya dibawa ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa permit di perairan Malaysia.

"Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana bot nelayan asing yang memasuki dan melakukan aktiviti perikanan secara tidak sah dengan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada," tegasnya.

Susulan itu, pihak Maritim Negeri Sarawak memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim, agar sentiasa membantu bagi melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut.

Aduan dapat dibuat menerusi talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.089277 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list