View: 9260|Reply: 0
|
[Terengganu]
Cuaca panas: KKM rekod 15 kes strok haba
[Copy link]
|
|
Dr Dzulkefly menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian pada Majlis Perasmian Hab Kesihatan Terengganu di Klinik Kesihatan Seberang Takir hari ini. - Foto NSTP/GHAZALI KORI
KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 15 kes strok haba sejak minggu pertama sehingga minggu ke-10 pada tahun ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, ia membabitkan masing-masing tujuh kes di Perak dan Kedah serta satu di Sabah.
Daripada jumlah itu, katanya, ia membabitkan empat kes strok haba dan 11 kelesuan haba selain tiada kematian dilaporkan setakat ini.
"Semua pesakit berusia antara 17 hingga 50 tahun dan semua kes yang mendapatkan rawatan pesakit luar sudah sembuh kecuali satu kes yang dilaporkan pada 26 Februari lalu.
"Pesakit itu dirawat di wad lelaki Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya selepas Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di pekarangan Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini hari ini.
Dr Dzulkefly turut mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan ketika cuaca panas terutama pada bulan Ramadan.
"Golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas perlu minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
"Selain itu, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... d-15-kes-strok-haba |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|