CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5586|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu fokus mendidik 'geng plastik hitam' pada Ramadan nanti

[Copy link]
Post time 7-3-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Dr Muhammad  Khalil (tengah) ketika ditemui di Program Mempromosikan Madinah Ramadan, di perkarangan Lagon Kuala Ibai. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Terengganu: Selain tindakan penguatkuasaan ke atas 'geng plastik hitam' sepanjang Ramadan, kerajaan negeri juga lebih memfokuskan ke arah mendidik supaya matlamat untuk mewujudkan insan berakhlak dan bertakwa tercapai.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah Dan Pemeriksaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, aspek penguatkuasaan sememangnya sudah termaktub bagi mana-mana individu yang secara terbuka melakukan bukan sahaja tidak berpuasa malah bagi kesalahan-kesalahan lain.

Menurutnya, kerajaan negeri lebih memfokuskan ke arah pendidikan atau mendidik setiap individu supaya menghormati rukun Islam ketiga itu dan meningkatkan ketakwaan dalam diri seseorang umat Islam.

Katanya, walaupun demikian aspek penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan bagi membendung aktiviti tidak bermoral pada Ramadan dan bulan-bulan lain.


"Langkah mendidik, mencegah dilihat mampu membendung perbuatan yang tidak sepatutnya pada Ramadan terutamanya bagi geng plastik hitam.

"Justeru, kerajaan negeri berharap dengan adanya program kerohanian yang dianjurkan di masjid dan surau seluruh negeri dapat menerapkan ketakwaan seseorang kepada Allah SWT," katanya ketika ditemui di Program Mempromosikan Madinah Ramadan, di pekarangan Lagon Kuala Ibai di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Program Madinah Ramadan, beliau berkata, program berkenaan adalah merupakan anjuran kerajaan negeri bermula daripada 1 Ramadan hingga berakhirnya Ramadan.

"Penganjuran kali ini diberi nafas baru, jika tahun sebelum ini pemilihan lokasi program adalah di tempat tumpuan orang ramai sebagai contoh Dataran Batu Buruk atau Dataran Jambatan Angkat namun lokasi tahun ini iaitu di Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus.

"Selain itu, keistimewaan pada Madinah Ramadan kali iaitu kerana negeri menjemput imam khas daripada Mesir iaitu Qari Syeikh Fathy Abdelrahman Nasreldin Moussa Ahmed.

"Selain menjadi imam solat tarawih di Masjid Tok Jembal, sebagai pusat program imam jemputan itu juga akan dibawa ke tujuh lagi masjid di daerah lain," katanya.

Menurutnya, tidak dilupakan imam terbaik tempatan akan turut diketengahkan melalui kaedah penggiliran imam yang akan dilaksanakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pada-ramadan-nanti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.067565 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list