CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2042|Reply: 0

[Terengganu] Kadar minimum zakat fitrah Terengganu naik RM10

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:29 PM | Show all posts |Read mode

Shaikh Harun (dua dari kiri) mengumumkan kadar zakat fitrah Terengganu tahun ini di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kadar minimum zakat fitrah di Terengganu meningkat kepada RM10 seorang berbanding RM7 pada tahun lalu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, satu lagi kategori bagi yang memakan beras premium jenis basmathi dan setara dengannya pula ialah RM22 sekepala.

Beliau berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan umat Islam negeri ini.

“Selepas perbincangan panjang Mesyuarat Jawatankuasa Zakat, Maidam menetapkan dua kategori kadar zakat tahun ini iaitu tidak kurang RM10 manakala RM22 pula bagi mereka yang makan beras basmathi atau setara dengannya.

“Begitupun sekiranya ada yang mahu membayar melebihi kadar minimum ditetapkan, kita tetap terima dan amil akan rekod di dalam resit,” katanya di Kompleks Seri Iman di sini hari ini.

Shaikh Harun berkata, Maidam menyasar kutipan RM11 juta zakat fitrah pada tahun ini berbanding RM10.3 juta pada 2023.

Dalam perkembangan sama, Shaikh Harun memberitahu, seramai 903 amil telah dilantik bagi melicinkan urusan pembayaran zakat fitrah di seluruh Terengganu sepanjang bulan Ramadan ini.

Tambah beliau, buat pertama kalinya, amil lantikan itu digalakkan untuk membuat kutipan zakat fitrah dari rumah ke rumah di mukim seliaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... rengganu-naik-rm10/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.352108 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list