View: 7305|Reply: 0
|
City rehat tonggak hadapi Copenhagen
[Copy link]
|
|
GUARDIOLA mungkin menggilirkan pemainnya sebelum menentang Liverpool Ahad ini.
London: Juara bertahan Liga Juara-Juara Manchester City mengalihkan tumpuan mereka ke saingan Eropah apabila menerima kunjungan FC Copenhagen dalam aksi kedua peringkat 16 terakhir awal pagi Khamis ini.
Skuad Pep Guardiola yang masih segar dengan kebangkitan menewaskan Manchester United semalam mempunyai kelebihan selesa selepas menang 3-1 di ibu kota Denmark bulan lalu hasil jaringan Kevin De Bruyne, Bernardo Silva dan Phil Foden.
Namun Guardiola dijangka merehatkan beberapa tonggak menjelang aksi getir menentang Liverpool dalam persaingan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris pada Ahad ini sekali gus Copenhagen berasakan mereka berpeluang untuk mencipta kejutan di Stadium Etihad.
Jack Grealish satu-satunya pemain tidak dapat diturunkan akibat kecederaan manakala Josko Gvardiol dijangka bakal mendapat kepercayaan Guardiola untuk menentang Copenhagen.
Dengan kunjungan penting ke Anfield hujung minggu ini, tidak mengejutkan jika Guardiola menggilirkan pemainnya. Manuel Akanji, Rico Lewis, Matheus Nunes dan Julian Alvarez mampu menggalas tugas dengan Foden yang semakin cemerlang mungkin direhatkan.
Bagi pasukan pelawat, Lukas Lerager dijangka tersisih akibat kecederaan walaupun kini bebas daripada penggantungan. Theo Sander, Davit Khocholava dan Viktor Claesson turut terlepas perlawanan menentang City.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-hadapi-copenhagen |
|
|
|
|
|
|
| |
|