View: 3114|Reply: 0
|
Selangor tak minat Nafuzi
[Copy link]
|
|
NIDZAM satu-satu calon pengendali tempatan yang menjadi pilihan Selangor kerana pengalamannya bersama pasukan itu. - FB SELANGOR FC
PASUKAN Selangor FC tidak berminat untuk ‘merisik’ khidmat pengendali Kedah Darul Aman (KDA FC), Nafuzi Zain sebaliknya bertegas untuk menjadikan Nidzam Jamil selaku calon tunggal tempatan ketika ini.
Sebagai rekod, pengurusan Gergasi Merah sedang sedang meneliti beberapa ‘resume’ bagi mengisi kekosongan ketua jurulatih yang telah ditinggalkan Tan Cheng Hoe minggu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, buat masa ini Nafuzi tiada dalam radar pihak pengurusan kerana percaya dengan kualiti yang ada menerusi Nidzam Jamil yang telah bersama lama dalam pasukan.
“Nafuzi adalah jurulatih yang bagus dan memiliki rekod yang baik bersama kelab-kelabnya sebelum ini.
“Namun, menerusi penelitian pihak pengurusan, kami masih kekal dengan Nidzam selaku calon tunggal jurulatih tempatan.
“Ini kerana Nidzam sudah bersama pasukan sejak 2022 dan memahami falsafah serta halatuju pasukan. Malah, dia juga mengenali pemain untuk tempoh yang lama,” katanya ketika ditemui Kosmo!
Spekulasi mengenai Nafuzi bakal sertai Gergasi Merah bertiup kencang pada minggu lalu untuk menjadi antara pilihan untuk menjadi pengendali baharu bagi menggantikan Cheng Hoe.
Cheng Hoe yang juga bekas pengendali Harimau Malaya membuat keputusan untuk meletak jawatan secara mengejut selepas mencapai persetujuan bersama kerana mahu berkelana bersama kelab Thailand, Police Tero pada musim ini.
Susulan itu, pengurusan Selangor memberi mandat kepada Nidzam untuk memikul tanggungjawab selaku jurulatih interim sehingga status pengendali baharu disahkan tidak lama lagi.
https://www.kosmo.com.my/2024/03/05/selangor-tak-minat-nafuzi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|