CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2801|Reply: 0

[Sabah] Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang Di KKIP

[Copy link]
Post time 28-2-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar memaparkan pergaduhan antara dua kumpulan di kawasan luar sebuah kilang di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU : Berlanggar bahu ketika beratur selepas tamat waktu bekerja didakwa punca pergaduhan antara dua pekerja lelaki sekali gus mencetuskan rusuhan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur di sini pada Isnin.

Susulan kejadian itu, seramai sembilan lelaki terdiri daripada empat warga tempatan dan lima warga asing ditahan kira-kira jam 3.30 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu pada jam 10.22 malam Isnin.

Menurut Mohd Zaidi, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin pengadu menyatakan bahawa dia telah ditumbuk oleh seorang suspek lelaki warga asing dan kemudian berlaku pergaduhan antara kedua-duanya.

“Pergaduhan itu membabitkan pekerja kilang dipercayai berpunca daripada salah seorang pekerja asing yang didakwa melanggar bahu seorang lagi pekerja tempatan ketika beratur untuk mendaftar keluar menggunakan cap jari selepas tamat waktu bekerja.

“Namun ia langsung tidak diendahkan dan kemudian seorang lagi pekerja warga asing tiba-tiba menjerit dan menuding jari ke arah pekerja tempatan terbabit sebelum mengajaknya keluar untuk bergaduh di luar kawasan kilang sambil memegang sebatang kayu.

“Pekerja tempatan itu sekali lagi tidak mengendahkan ajakan tersebut namun sebaik berada di luar kilang, mangsa tiba-tiba ditumbuk dari belakang dan kejadian itu menyebabkan berlakunya pergelutan seterusnya bertukar menjadi huru-hara apabila disertai lebih ramai individu daripada kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaidi berkata lagi, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan dan pekerja kilang yang lain.

“Pengadu mengalami kecederaan ringan pada kedua-dua belah lutut dan semua suspek turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial berhubung satu video berdurasi 50 saat yang memaparkan pergaduhan antara dua kumpulan di luar kawasan sebuah kilang di Kota Kinabalu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051351 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list