CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1294|Reply: 0

[Sabah] Rakyat Malaysia perlu menyambut baik titah Sultan Ibrahim

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode


CHIN

KOTA KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, mahu rakyat Malaysia hidup dalam harmoni dan kukuhkan kesatuan diantara satu sama lain.

Chin berkata, beliau juga bersetuju bahawa politik Malaysia perlu kekal stabil dan jangan sesekali wujud usaha mengambil alih kerajaan menerusi 'pintu belakang'.
"Usaha seumpamanya tidak berpegang teguh dengan prinsip integriti dalam sistem politik negara ini.

"Dalam titahnya, Sultan Ibrahim juga menegaskan perlunya ada politik yang berprinsip, mampan bagi memastikan kestabilan negara untuk tempoh masa panjang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Chin berkata, semua lapisan masyarakat di semua peringkat perlu hormati titah Sultan Ibrahim yang mahu semua rakyat mengekalkan keharmonian dan tidak menyentuh isu-isu berkaitan institusi raja, bangsa dan agama.

Katanya, titah yang disampaikan baginda mempunyai hala tuju jelas terhadap pembangunan keharmonian dalam negara ini.

"Dengan mengekalkan kestabilan politik, Malaysia mampu mencapai kesatuan dalam kalangan masyarakat, sekali gus mewujudkan pembangunan sama rata disemua peringkat masyarakat, seterusnya mencapai kemakmuran negara.

"Parlimen juga memainkan peranan penting dalam sistem politik pada ketika ini, yang mana dasar kerajaan dipinda dan diluluskan dalam Dewan Rakyat.

"Ahli Parlimen sepatutnya mematuhi peraturan yang diluluskan dalam Dewan Rakyat, kegagalan untuk berbuat demikian akan merosakkan reputasi negara.

"Oleh itu, titah Sultan Ibrahim membenarkan Speaker Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang melampaui batas adalah satu keperluan untuk mengelakkan para pembuat dasar bertindak diluar kawalan diri sendiri dan memastikan segala persidangan yang dijalankan berlangsung dengan lancar," katanya.

Menurutnya, Ahli Parlimen sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat. Disiplin yang baik mampu mengangkat imej Parlimen, sekali gus menjadi kunci bagi memastikan sistem perundangan berfungsi dengan baik.

Chin juga memuji baginda yang memberikan perhatian kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam menyediakan panduan kepada kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan sejarah, dan membina asas yang kukuh untuk keharmonian negara ini.

Menurutnya, kerajaan, parti politk dan rakyat Malaysia harus bersama-sama untuk merealisasikan aspirasi baginda demi kemakmuran serta keharmonian Malaysia Madani.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/28/rakyat-malaysia-perlu-menyambut-baik-titah-sultan-ibrahim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051458 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list