CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12251|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki cedera digigit Pitbull

[Copy link]
Post time 24-2-2024 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki cedera digigit Pitbull


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 24, 2024 @ 3:33pm  [email protected]




Foto tular memaparkan lelaki dirawat selepas digigit anjing dalam kejadian di Changkat Bukit Gambir, Georgetown.




GEORGETOWN: Lagi kes individu digigit anjing dan kejadian terbaru didakwa berlaku di Changkat Bukit Gambir 2, di sini.

Kejadian berkenaan tular di Facebook yang memaparkan gambar seorang lelaki cedera dan berlumuran darah diberi rawatan dalam ambulans.

Menerusi hantaran pemilik akaun, Siew Koay, dia mendakwa mangsa diserang seekor anjing ketika berjalan kaki di kawasan perumahan berkenaan.

Difahamkan, selepas kejadian, pemilik anjing dikatakan ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi membuat permohonan lesen tetapi pegawai bertugas memintanya menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah JPV negeri, Dr Saira Banu Mohamed Rejab, berkata kejadian berlaku Khamis lalu.

Katanya, selepas menerima maklumat daripada pemilik anjing, JPV ke rumahnya pada hari sama dan menangkap haiwan berkenaan.

"Anjing berkenaan adalah daripada jenis baka kacukan (Pitbull) dan akan dikuarantin dalam tempoh 14 hari selepas ditangkap JPV.

"Sepanjang tempoh ini, anjing akan dipantau dan sekiranya ia menunjukkan tanda penyakit rabies, sampel otak akan diambil bagi ujian penentuan penyakit rabies namun sebaliknya jika tidak, ia akan dikembalikan kepada pemilik.

"Sekiranya ia menjadi kes polis, anjing akan di tempatkan di JPV sehingga kes selesai atau sehingga mendapat arahan tindakan selanjutnya dari pihak mahkamah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut Saira Banu berkata, anjing berkenaan didapati tidak berlesen dan pemilik sudah diberi kompaun RM250 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Namun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa sudah membuat laporan polis mengenai kejadian," katanya lagi.

Sebelum ini pada 9 Februari lalu, media melaporkan seorang wanita diserang dan digigit tiga anjing peliharaan jiran dalam kejadian di Medan Terengganu, di sini.

Wanita berusia 49 tahun yang juga akauntan itu mendakwa diserang haiwan berkenaan ketika melalui sebuah rumah, tidak jauh dari kediamannya.

Akibatnya, wanita berkenaan terpaksa menjalani pembedahan serta merta di sebuah hospital swasta selepas cedera tangan kanan, selain paha kiri dan kanan terkoyak.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.042646 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list