CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6387|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih 50 peratus nelayan selatan Pulau Pinang setuju terima Skim SIMP

[Copy link]
Post time 18-2-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

GEORGETOWN: Lebih 50 peratus nelayan di kawasan selatan Pulau Pinang menandatangani Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) susulan pelaksanaan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI).

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara), Zakaria Ismail, berkata kebanyakan mereka yang menandatangani SIMP itu adalah nelayan separuh masa dan sudah berusia.

"Alasan mereka untuk menerima sagu hati ditawarkan adalah (mereka) tak larat menangkap ikan di lokasi yang lebih jauh.

"Hanya kira-kira 100 nelayan masih bertahan tidak menerima setakat ini (menandatangani SIMP), mereka dari Unit Nelayan Sungai Batu dan Teluk Tempoyak," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Media sebelum ini melaporkan, ramai nelayan mula menandatangani tawaran SIMP selepas menyedari tiada jalan penyelesaian walaupun pelbagai usaha dilakukan dan mereka juga tiada jalan lain berikutan kerja tapak sudah bermula pada 1 September tahun lalu.

Zakaria berkata, nelayan di Unit Teluk Tempoyak tidak menandatangani SIMP itu kerana tidak berpuas hati dan membantah tawaran diberi iaitu pakej ex-gratia tahap dua.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak berkenaan bagi membolehkan nelayan Unit Teluk Tempoyak turut menerima ex-gratia tahap satu seperti disyorkan oleh kerajaan negeri.

"Sebahagian nelayan di Teluk Tempoyak menerima kesan projek berkenaan sama seperti nelayan Unit Sungai Batu dan apabila mereka (nelayan Teluk Tempoyak) ditawarkan dengan pakej ex-gratia tahap dua, sudah tentu mereka tidak mahu kerana menerima kesan sama seperti nelayan di Sungai Batu sedangkan di Sungai Batu, mereka ditawarkan dengan tahap satu," katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan cadangan SIMP merangkumi pakej pemberian ex-gratia dan program yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada nelayan termasuk program pemerkasaan serta skim perumahan.

Nelayan yang menerima manfaat berkenaan terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu ialah mereka dari kawasan Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul manakala tahap dua dari Seri Jerjak, Batu Maung, Teluk Tempoyak, Pulau Betong serta Kuala Sungai Burong.

Tekong dan awak-awak dari unit tahap satu masing-masing menerima RM20,000 dan RM12,960 manakala bagi tahap dua, akan menerima RM13,200 dan RM5,400.

Tekong tahap satu juga akan ditawarkan bot sepanjang 8.2 meter dan enjin berkuasa kuda 60 atau 75. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... ju-terima-skim-simp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 180328 Replies : 4081
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2036 Replies : 8
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5803 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22417 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73370 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40083 Replies : 245
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7579 Replies : 82
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14794 Replies : 100
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5558 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 1.832784 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list