|
Pengurus Tottenham Ange Postecoglou
London: Pengurus Tottenham Ange Postecoglou mengakui beliau tidak mempunyai kuasa ajaib untuk pastikan pasukannya sentiasa berada dalam kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.
Spurs mengalami nasib malang apabila mengalami kekalahan 1-2 menentang Wolves pada Sabtu, meninggalkan mereka dua mata di belakang Aston Villa yang menduduki tempat keempat.
Malah, kemenangan 2-1 Aston Villa di Fulham menaikkan kedudukan mereka mengatasi Tottenham,selain Tottenham turut mengalami kesulitan selepas ketiadaan yang kesulitan selepas pertahannya Pedro Porro dan Destiny Udogie cedera.
Tottenham sebelum ini berada di kedudukan empat terbaik namun kekalahan pertama dalam enam perlawanan merencatkan perancangan pasukan.
Joao Gomes menjaringkan gol pembuka untuk Wolves selepas 42 minit perlawanan.
Dejan Kulusevski menyamakan kedudukan 34 saat selepas waktu rehat untuk Tottenham, tetapi Gomes mencetak gol kedua selepas larian solo cemerlang oleh Pedro Neto pada minit ke-63.
"Kami akan bekerja keras, kami memiliki dua minggu untuk persiapan perlawanan seterusnya (menentang Crystal Palace) dan tidak ada gunanya bersedih atas diri sendiri," kata Ange Postecoglou.
"Anda harus terima kegagalan ini dan perlu harus terus maju tanpa mengira apa yang terjadi di masa lalu. Anda harus memastikan bersedia untuk perlawanan seterusnya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-ajaib-postecoglou |
|