CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9759|Reply: 0

[Pulau Pinang] AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam

[Copy link]
Post time 17-2-2024 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Foto dirakamkan pada 4 Mei 2023 menunjukkan kapasiti Empangan Air Itam berada pada paras rendah iaitu 41.9 peratus susulan taburan hujan rendah di kawasan itu selain faktor cuaca panas. - Foto fail NSTP

GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam sekurang-kurangnya sehingga musim hujan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, K Pathmanathan, berkata menerusi pelan itu pihaknya telah meminimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Air Itam ke Loji Rawatan Air (LRA) Air Itam sebanyak 75 peratus setiap hari, daripada 44 juta liter sehari (JLH) kepada 11 JLH.

Beliau berkata langkah kedua ialah mengoptimumkan pengambilan air mentah dari muka sauk Utama dan muka sauk Tat, iaitu dua sumber air mentah lain untuk LRA Air Itam pada kadar 6 JLH.

"Ketiga mengurangkan penghasilan air terawat di LRA Air Itam pada kadar 66 peratus daripada 50 JLH kepada 17 JLH sehari.



"Langkah keempat pula, mengepam 33 JLH air terawat dari LRA Sungai Dua (Seberang Perai) ke kawasan perkhidmatan LRA Air Itam bagi menggantikan kekurangan 33 JLH dalam aliran keluar air terawat dari LRA Air Itam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pathmanathan berkata dalam tempoh 11 hari lepas termasuk hari kemuncak Tahun Baharu Cina, kapasiti efektif Empangan Air Itam telah menurun sebanyak 0.4 peratus iaitu kurang daripada 0.04 peratus sehari.

"Kapasiti efektif di empangan itu pada 5 Februari lepas adalah 32.8 peratus dan semalam, kadar yang direkodkan 32.4 peratus. Ini disebabkan pelaksanaan AIDP 2024," katanya.

Dalam pada itu, Pathmanathan berkata paras Sungai Muda ketika ini dilihat agak 'sihat' iaitu 2.02 meter (m) yang direkodkan semalam.

Beliau berkata kapasiti Empangan Muda dan Empangan Beris yang melepaskan air ke Sungai Muda, masing-masing mencatatkan 74.8 peratus dan 100 peratus.

Justeru, berdasarkan situasi itu beliau optimis PBAPP mampu mengekalkan langkah kecemasan AIDAP 2024 untuk tempoh 30 hingga 60 hari akan datang.

Berkaitan cuaca panas ketika ini, Pathmanathan berkata biarpun AIDAP 2024 bertujuan meningkatkan kapasiti efektif Empangan Air Itam secara beransur-ansur, taburan dengan hanya 1.5 milimeter (mm) taburan hujan sejak 1 Februari lalu selain peningkatan suhu hingga 36 darjah Celsius telah menyebabkan purata aliran masuk air ke empangan itu kurang daripada biasa iaitu 15 JLH.

"Aliran (air) masuk empangan berubah-ubah antara 10 dan 12 JLH dari tiga muka sauk empangan iaitu muka sauk Balik Pulau, Sungai Tepi dan Sungai Pinang Barat dan hasilnya, kapasiti efektif empangan menurun sedikit sebanyak 0.4 peratus dalam tempoh 5 hingga 16 Februari," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... f-empangan-air-itam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.119251 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list