CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6849|Reply: 7

[Politik] Tingkah laku Umno itu tidak jauh berbeza daripada Perikatan Nasional (PN) - kata ahli parlimen DAP

[Copy link]
Post time 15-2-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Chow Yu Hui berkata, tentangan keras Umno terhadap cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor tidak perlu kerana permohonannya akan diteliti terlebih dahulu oleh Unesco. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ekoran tentangan terhadap cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan dunia Unesco, seorang wakil rakyat DAP tampil memberi amaran bahawa Umno akan hilang undi bukan Melayu selepas dilihat menjadi semakin konservatif.

Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui berkata, tingkah laku Umno itu tidak jauh berbeza daripada Perikatan Nasional (PN), yang tidak disenangi pengundi bukan Melayu khususnya dalam kalangan ahli DAP.


“Tindakan demikian tidak akan dapat menarik golongan pengundi yang menyokong agenda PN, malah akan menyebabkan kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Umno,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang juga naib pengerusi DAP, mencadangkan agar Kampung Baru Cina dicalonkan sebagai tapak warisan dunia, bertujuan mengiktiraf perkampungan berusia 76 tahun itu dari segi sejarah dan kepentingan budaya.


Beliau mengajak Umno berbincang susulan kenyataan beberapa pemimpin parti itu yang dilaporkan menolak keras cadangan itu.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, tiada keperluan untuk kampung itu dijadikan tapak warisan dunia, manakala Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan cadangan sedemikian bercanggah dengan Perlembagaan, yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan keistimewaan tertentu.

Chow berkata tentangan keras Umno terhadap cadangan itu tidak perlu kerana permohonan itu akan diteliti terlebih dahulu oleh Unesco.

“Jika permohonan ini diluluskan, ia membuktikan nilai sejarah yang penting dan Umno tidak perlu menentangnya dengan keras,” katanya,

“Kampung Baru Cina mempunyai sejarah berpuluh-puluh tahun di Malaysia dan permohonan untuk menjadikannya sebagai tapak Unesco akan melindungi warisan budaya dan bangunan bersejarah serta memajukan industri pelancongan.”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn kor ming kata dh settle ke? Nape masih berbunyi lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 10:57 AM | Show all posts
Dah tu tindakan parti ko disenangi org Melayu ke? BTW, kes dah suam2. Ko nak menyalak apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
tingkah laku dapig tak jauh beza dengan parti pkm
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno tak akan tunduk
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:25 AM | Show all posts
patot kampung baru keyel tu boh utk unesco, bukan kampung baru cina tu....

lama2 nanti, kampung bukit malut pon boleh claim unesco...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Diulangi, takde kredibiliti pun utk kampung itu diusulkan ke Unesco.
Diulangi, takde kaitan pun dengan Perlembagaan dan bumiputera.

Dua² pihak tidak membaca dan memahami konteks dengan jelas. Budus.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
"Kita olang memang KIASU maaa..lu olang taktau ke modoh"-KIASU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.061694 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list