CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22249|Reply: 0

[Sarawak] Guru inovatif, kreatif, mempunyai daya tahan mampu lahir pelajar yang cerdik

[Copy link]
Post time 13-2-2024 11:42 PM | Show all posts |Read mode


Doris menandatangani buku pelawat sebaik hadir pada majlis berkenaan Jumaat lalu.

SRI AMAN: Guru yang inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan yang baik mampu melahirkan pelajar yang cerdik sekali gus dapat melonjakkan nama gemilangan sesebuah sekolah, kata Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Justeru katanya, wawasan pendidikan negara dalam usaha melahirkan modal insane atau pelajar yang cemerlang dapat dibuktikan daripada pencapaian dan peningkatan prestasi sesebuah sekolah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Beringin, Sri Aman dekat sini Jumaat lalu.

Beliau berkata, usaha melahirkan pelajar yang cemerlang bukan suatu perkara yang mudah melainkan ada semangat kental serta kemahiran yang inovatif dan kreatif daripada seorang guru.

"Guru yang kreatif mampu meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah," ujarnya.

Jelasnya lagi, seperti sekolah ini,  sejak ia diwujudkan telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang sehingga ke tahap menara gading.

Dalam pada itu, Doris berharap agar prestasi sekolah itu terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Oleh itu, dalam usaha tersebut semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa perlu dilipatgandakan.

Hadir sama pada majlis berkenaan, guru besar sekolah, yang dipertua PIBG, guru kanan sekolah sertai bupelajar yang lain.

Dalam pada itu, majlis berkenaan telah menyaksikan seramai 100 orang pelajar sekolah itu menerima sijil dan hadiah dalam pelbagai kategori.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.228460 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list