CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4307|Reply: 0

[Sarawak] Bidang pendidikan asas utama pembangunan, kegemilangan sesebuah negara

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:23 PM | Show all posts |Read mode


Marinda (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Doris (tiga kiri) sambil diperhatikan Andrew (dua kiri), Faizal (kiri) dan Zaifa (kanan) semasa majlis berkenaan.

SRI AMAN: Bidang pendidikan merupakan asas utama pembangunan dan kegemilangan sesebuah negara, kata Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Dalam era ini katanya, persaingan hidup memerlukan setiap warganegara memiliki tahap pendidikan yang tinggi agar menepati piawai global seterusnya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat luar atau global.

Oleh itu katanya, bagi memastikan anak-anak kita berada pada tahap piawai global tersebut, inovasi dan pembangunan pendidikan sering diberi penekanan dari tahun ke tahun.

Doris berkata demikian Ketika berucap merasmikan Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman Sesi 2023/2024 di Dewan Suarah Sri Aman di sini hari ini.

Menurutnya, kecemerlangan dan kejayaan yang dicapai murid bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya tanpa adanya bimbingan dan didikan para guru.

Usaha gigih dan tekun para guru, tidak boleh kita anggap sebagai bidang pekerjaan semata-mata kerana tugas mereka lebih daripada itu.

"Bagi kita orang luar yang tidak berada dalam lingkungan kawasan tabika mahupun taska atau ibu bapa, guru ialah pengajar tetapi sebenarnya, tugas mereka bukan setakat mengajar, merekalah orang yang mendidik anak-anak dengan kemahiran-kemahiran lain seperti bergaul, berkomunikasi, nilai etika dan norma hidup bermasyarakat agar anak-anak ini dapat survival apabila keluar dari kawasan tabika atau taska apabila mereka telah menamatkan sesi persekolahan di peringkat prasekolah suatu hari nanti," jelasnya.

Namun demikian, usaha para guru dan pihak pengurusan atau tabika serta taska ini juga boleh menjadi kurang berkesan, jika pihak ibu bapa hanya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru semata-mata kerana ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang mereka perolehi di tabika memerlukan pengukuhan daripada ibu bapa dan persekitaran rumah mereka.

"Sebenarnya, pihak ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam mendidik anak-anak dengan memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran semasa di rumah, memastikan anak-anak cukup dari segi keperluan asas, selamat, selesa, sihat dalam semua aspek kehidupan.

"Anak-anak yang mendapat kasih sayang dan keperluan yang mencukupi bukan sahaja mampu menempah kejayaan dalam hidup mereka malah tidak mudah terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak sihat.

“Justeru, peranan para ibu bapa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh para ibu bapa," katanya.

Tambah Doris lagi, dalam usaha kita mendidik anak-anak agar mampu menjadi insan yang berguna suatu hari nanti, hubungan yang erat antara para guru dengan ibu bapa amat diperlukan.

Peranan  Jawatankuasa Tabika dan Taska amat diperlukan agar kedua-dua pihak dapat merangka program atau aktiviti yang menjurus kepada memajukan pelajaran anak-anak di samping bersama-sama menangani sebarang masalah yang dihadapi.

Jelasnya, kejayaan bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya, kejayaan perlu dikejar.

“Ilmu pengetahuan perlu dicari. Kejayaan yang anda kecapi hari ini menunjukkan anda mampu mencapaikanya dan tidak mustahil bagi anda untuk mendapat lebih daripada itu andai meningkatkan usaha. Yang paling penting, jangan mudah berputus asa.

"Anak-anak ini perlu menyediakan diri sendiri dengan kehidupan yang lebih mencabar setelah keluar dari dunia persekolahan kerana dunia di luar kawasan tabika, dunia selepas tamat tempoh persekolahan bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi dengan wujudnya dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan," katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman Marinda Stewart Thaim, wakil Residen Bahagian Sri Aman Faizal Asi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman Andrew Vengitasamy, wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman Zaifa Johari serta guru-guru KEMAS Sri Aman.

Dalam pada itu, seramai 170 kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS Bahagian Sri Aman dari 34 tabika dan tiga  taska di Sri Aman menerima sijil dan hadiah dalam majlis berkenaan.

Objektif majlis apresiasi ini diadakan adalah untuk menggalakkan persaingan sihat kanak-kanak dalam bidang akademik dan kurikulum dan untuk mendorong penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti kokurikulum di pelbagai peringkat serta untuk menerapkan budaya kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum serta sahsiah kanak-kanak supaya lebih yakin dan berdaya saing.

Pada majlis berkenaan, Doris turut menyumbang geran berjumlah RM6,000 kepada KEMAS Sri Aman sebagai usaha menyokong program-program anjuran KEMAS Bahagian Sri Aman.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039299 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list