CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25100|Reply: 0

[Sarawak] Depoh ART di Kampung Rembus siap suku keempat 2025

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:51 PM | Show all posts |Read mode


Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin mengadakan lawatan ke Tapak Depoh ART di Kampung Rembus. Foto TVS

KOTA SAMARAHAN, 6 Feb: Projek pembinaan Depoh Transit Aliran Autonomi (ART) di Kampung Rembus di sini dijangka siap pada suku keempat tahun 2025.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata pihaknya kini giat memantau kemajuan projek pembinaan Depoh Transit Aliran Autonomi (ART) di Kampung Rembus bagi memastikan fasaliti berkenaan siap mengikut jadual yang ditetapka.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kegagalan untuk menyiapkan depoh tersebut mengikut jadual akan mengakibatkan operasi ART tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan sebelum ini.

“Saya mahu menegaskan kepada kontraktor supaya berusaha keras untuk menyiapkan projek ini mengikut jadualnya.

” Pihak kami (MOTS) tidak mahu berlaku atau sebarang alasan yang boleh mengakibatkan kelewatan terhadap projek ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Tapak Depoh ART di Kampung Rembus di sini hari ini.

Beliau berkata, MOTS juga mahu projek itu dilaksanakan dengan memenuhi spefikasi kontrak yang ditandatangani bagi mengelakkan sebarang permasalahan di masa hadapan.

Menurutnya perkara itu penting bagi memastikan kelancaran setiap projek berkaitan termasuk operasi ART terbabit.

Projek bernilai RM260 juta itu dianugerahkan kepada kontraktor pada 8 Disember 2023 melibatkan enam kompenen pembinaan iaitu membabitkan pembinaan bengkel mekanikal, bengkel penstrukturan semula, pusat kawalan operasi dan bangunan hijau dan juga kawasan penstabilan stesen bagi mengisi minyak hidrogen. -TVS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.049600 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list