CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19000|Reply: 0

[Sarawak] Kempen 3R anjuran MDS dan NREB dapat sambutan memberangsangkan

[Copy link]
Post time 5-2-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode


Program Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) dan 3R di pekarangan Pejabat MDS hari ini.

SARIKEI: Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) dan 3R, anjuran bersama Majlis Daerah Sarikei bersama Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Timbalan Pengerusi MDS Kaunselor Misiah Abu Seman berkata, pencapaian tersebut telah membuktikan masyarakat kini lebih peka dengan sistem pengurusan sisa terbabit.

"Objektif utama program dan kempen ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran dan menyemai rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat tentang pentingnya pengurusan dan pembuangan sampah.

"Program ini telah difokuskan terhadap pengurusan dan pembuangan barangan elektrik dan eletronik, besi terpakai atau besi buruk, plastik, kertas, kotak dan sampah-sampah lain yang diihat mampu memberi kesan negatif kepada alam sekitar jika tidak diurus dengan baik.

"Melalui program ini, kesemua barangan tersebut akan dilupuskan secara berhemah dan pada masa yang sama juga, masyarakat yang menghantar barangan terbabit pada program ini akan mendapat sumber pendapatan melalui hasil jualan barangan tersebut," kata Misiah semasa program tersebut di pekarangan Pejabat MDS, hari ini.

Menurut Misiah, program ini juga bertujuan mempromosikan kaedah pengendalian dan pelupusan sisa elektrik dan elekronik yang selamat dan mesra alam kepada masyarakat setempat.

"Selain itu, program ini turut mempromosikan aktiviti berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di kawasan pentadbiran MDS dan meningkatkan pematuhan kepada amalan hijau seperti tiada penggunaan penyedut minuman plastik, beg plastik dan stirofoam.

"Kita berharap program seumpama ini akan mendapat sambutan daripada masyarakat demi kelestarian alam pada masa depan," kata Misiah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.122441 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list