CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20265|Reply: 0

[Sarawak] Maritim Malaysia tahan bot nelayan asing, rampas hasil tangkapan lebih RM3 juta

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:43 PM | Show all posts |Read mode


Kapal OPV1 yang berjaya mengesan tindakan dua bot nelayan asing mengaut hasil negara di kedudukan 210 batu nautika Barat Laut Mukah, hari ini. - Gambar APMM Sarawak

KUCHING: Dua bot nelayan asing yang leka mengaut hasil laut negara menerima padah setelah tindakan itu dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 210 batu nautika Barat Laut Mukah hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, aktiviti haram dua Bot Nelayan Asing Vietnam (BNAV) itu dikesan Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV1) sekitar jam 10.45 pagi hingga 11.15 pagi.

"Ini merupakan tangkapan sulung dibuat pasukan OPV1 di mana kedua-dua BNAV didapati sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan negara.

"Hasil kejayaan tangkapan ini, Maritim Malaysia menganggarkan hasil tangkapan ikan bernilai lebih RM3 juta berjaya diselamatkan dari dicuri oleh nelayan asing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Zin Azman, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

Selain itu, kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sementara itu, beliau menjelaskan, kedua-dua BNAV terbabit dibawa ke jeti Maritim Negeri Sarawak.

"Kapal warga asing itu dijangka tiba pada 6 Februari untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau menegaskan, berikutan kejayaan rangkapan itu, Maritim Negeri Sarawak akan meningkatkan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa.
"Ia bertujuan mengekang sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim di kawasan perairan Sarawak," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, ujarnya orang ramai perlu memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah yang berlaku di perairan negara.

"Orang ramai boleh memaklumkan ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.102108 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list