CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15392|Reply: 0

[Sarawak] Pasar hujung minggu Serikin semakin lengang

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Pengunjung, pelancong ke pasar ini menurun 50 peratus sejak dibuka semula kepada orang ramai setahun yang lalu



Pasar hujung minggu lengang hari ini.

"Dahulu kita tengok Serikin dari hujung ke hujung penuh dengan orang ramai, sekarang kita tidak pernah lagi lihat seperti itu.”

Margaretha Ayau
Peniaga

Oleh Henrietta Liza

BAU: Pengunjung dan pelancong ke pasar hujung minggu di Serikin menurun sebanyak 50 peratus sejak dibuka semula kepada orang ramai setahun yang lalu.

Peniaga tempatan, Margaretha Ayau, 52, ketika ditemui Utusan Borneo memberitahu bahawa pengunjung amatlah kurang sekarang berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Dahulu kita tengok Serikin dari hujung ke hujung penuh dengan orang ramai, sekarang kita tidak pernah lagi lihat seperti itu.


MARGARETHA

"Dahulu, menjelang tibanya perayaan Hari Krismas, Gawai atau semasa Ramadan, akan penuh di sini apatah lagi semasa perayaan.

"Sekarang kurang… jauh dalam 50 peratus kalau kita buat perbandingan, harga barang juga tidak seperti dahulu. Ada mahal sikit," katanya.

Beliau mula berniaga semula pada Januari 2023 selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran wabak COVID-19 di seluruh negeri.

“Sewaktu mula, cuma seorang dua pelanggan datang tapi keadaan beransur-ansur pulih selepas peniaga dari Indonesia dibolehkan masuk dan berniaga.

"Syukur walaupun perniagaan tidak seberapa kerana susah bekerja dengan orang, tidak akan sama seperti berniaga sendiri, untuk anak-anak sekolah… cukup.

"Hari biasa, saya akan ke kebun, hantar anak ke sekolah kerana berniaga pada setiap hujung minggu sahaja," tambahnya yang berniaga pakaian wanita.

"Orang susah mahu berbelanja, semua bajet sekarang untuk belanja anak sekolah dan beli barang yang perlu sahaja kerana faktor ekonomi yang kurang stabil sekarang," tegasnya.


EDDY

Sementara itu peniaga dari Pontianak, Indonesia, Eddy Suryadi, 47, yang telah berniaga selama 25 tahun di Serikin sudah terbiasa dengan resam pengunjung yang datang.

"Pengunjung yang datang ke sini mengikut musim. Kalau hari biasa memang kurang tetapi ada sedikit pertambahan pada waktu musim perayaan dan cuti," katanya.

Eddy menjual pakaian batik dan kain kapas untuk lelaki dan wanita yang datangnya dari Bandung, Bali, Jakarta dan Sarawak di Indonesia pada harga yang berpatutan.

Di pasar hujung minggu Serikin terdapat kepelbagaian jualan seperti pakaian, makanan, kraf tangan, tanaman dan banyak lagi.



RIEF

Peniaga beg dan topi dari Pontianak, Rief Pvidayat, 52, bersyukur dengan apa sahaja pendapatan yang diperolehinya.

"Saya memandu enam jam untuk ke kawasan Jagoi dari Pontianak dan menyewa tapak berjaja sebanyak RM80 untuk satu setengah hari.

"Yang penting hubungan diplomatik antara dua buah negara di persempadanan amat baik dan saya gembira dapat berniaga di sini," jelasnya.

Rief juga berniaga di Pontianak pada hari biasa dan berharap hubungan Malaysia-Indonesia akan sentiasa kukuh bagi memperhebatkan lagi taraf ekonomi kedua-dua negara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 1.047303 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list