CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4928|Reply: 0

[Sarawak] UPM promosi program pengajian ke Brunei

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:30 PM | Show all posts |Read mode


Para pengunjung yang terdiri daripada lepasan sekolah sedang meneliti senarai program pengajian yang ditawarkan di UPM.

BRUNEI: Sebagai tanda sokongan serta pengembangan program akademiknya, pasukan promosi Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UPM Kampus Bintulu telah mengambil bahagian dalam program Yes2Malaysia Education Expo 2024 di Bandar Sri Begawan, Brunei yang berakhir hari ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu di Hotel Mulia, merupakan antara kerjasama padu antara semua universiti di rantau ini bagi mempromosikan program pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi masing-masing.

"Bagi UPM, ia merupakan platform terbaik bagi mempromosikan program pengajian di UPM Serdang khususnya di UPMKB yang terletak di Bintulu, Sarawak," ujar UPMKB dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman rasmi Facebooknya hari ini.

Pada program ini, sebanyak 28 universiti awam dan swasta seluruh Malaysia telah menyertai ekspo pendidikan yang berprestij ini.

Dalam masa sama ia menggalakkan program pertukaran pelajar terutama pelajar luar negara untuk datang belajar di Malaysia dan universiti yang terdapat di rantau ini.

Sehari sebelum ekspo pendidikan, pihak penganjur telah membawa delegasi universiti ke dua sekolah di Brunei dengan membuka ekspo mini masing-masing di St George's School dan St Andrew's School.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Dato Reza Raja Zaib Shah antara yang hadir ke lokasi ekspo, sekali gus bersama-sama mempromosikan program pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 1.121686 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list