|
SEBAHAGIAN tanaman pisang berangan milik Muhammad Amin musnah akibat ditenggelami banjir di Kampung Bantal di Jerantut.
JERANTUT – Baru sahaja melibatkan diri dalam bidang pertanian komersial, seorang pengusaha muda, Muhammad Amin Fakhri Ahmad Sukri, 27, mula berhadapan cabaran apabila tanaman pisang berangan diusahakannya musnah ditenggelami banjir di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini.
Muhammad Amin Fakhri berkata, kawasan tanaman pisang berangan yang terletak kira-kira 100 meter dari Sungai Tembeling itu ditenggelami air sedalam enam meter selama tiga hari sejak banjir bermula pada 26 Januari lalu.
“Saya tidak sangka air naik mendadak pada waktu malam sehingga menenggelamkan 3,000 pokok pisang berangan yang ditanam di kawasan seluas dua hektar sejak pertengahan bulan September tahun lalu.
“Lantaran air Sungai Tembeling naik begitu pantas kami tidak mampu berbuat apa-apa hanya reda dengan keadaan musibah ini, saya rugi RM20,000,” katanya di Kampung Bantal di sini semalam.
Kata Muhammad Amin Fakhri, ketika air Sungai Tembeling melimpah ke kampung itu pada pukul 11 malam empat hari lalu, dia sudah menjangka projek tanaman pisang berangannya akan tenggelam sepenuhnya memandangkan kawasan itu berdekatan sungai.
Muhammad Amin Fakhri berkata, keadaan itu boleh memenyebabkan pokok pisang terkena penyakit dan membantut ketinggian pokok, manakala selebihnya reput dan mati.
“Saya keluar belanja banyak untuk beli benih pokok, baja, racun rumpai termasuk pengurusan membuat pagar tanaman serta pondok tempat menunggu juga runtuh akibat ditebak (ditolak) arus air yang kuat,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... isang-terendam-air/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|