CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19705|Reply: 0

[Sarawak] Pelbagai isu penjawat awam Sarawak diharap dapat dipertimbang untuk kelulusan kerajaan

[Copy link]
Post time 24-1-2024 10:16 PM | Show all posts |Read mode


Zulkiflee (duduk, tiga kanan) bersama rombongan pegawai CUEPACS Gred Sarawak merakam kenangan dengan Wan Ahmad Dahlan (duduk, tengah) di Putrajaya.

KUCHING: Pelbagai isu penjawat awam Sarawak yang dibawa dalam sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SPPA) diharap dapat dipertimbangkan untuk kelulusan kerajaan.

Naib Presiden CUEPACS Gred Sarawak Zulkiflee Sebli berkata, beliau bersyukur kerana pembentangan isu-isu penjawat awam Sarawak kepada JPA di Putrajaya kelmarin berjalan lancar dan mendapat respons positif.

"Semalam (Selasa) kita (CUEPACS Gred Sarawak) ke JPA untuk menjelaskan beberapa isu dihadapi di Sarawak selain mengemukakan beberapa cadangan bagi menambah baik apa yang penjawat awam dapat ketika ini.

“Dan pada pertemuan itu, kita bersyukur kerana dapat bersemuka terus dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dato Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta memberi respons positif terhadap isu yang dibangkitkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkiflee memberitahu, pihaknya menyuarakan pelbagai isu skim perkhidmatan penjawat awam persekutuan dan penjawat awam negeri.

Perkara itu, katanya termasuk mengenai kebajikan penjawat awam untuk kedua-dua sektor terbabit.

“Justeru, kita harap isu-isu yang dikemukakan itu dapat dimasukkan dalam kajian nanti dan direalisasikan dalam SSPA,” ujarnya.

Terdahulu, Zulkiflee yang juga presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) mengetuai rombongan CUEPACS Gred Sarawak ke JPA dalam sesi libat urus berkaitan SSPA Putrajaya pada Selasa.

Rombongan itu telah membentang isu-isu tentang penjawat awam di Sarawak dan antaranya mengenai isu kuarters usang di Sarawak, kekurangan guru yang disebabkan kegagalan melapor diri di stesen bertugas dan memberi kuota khas kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Turut dibentangkan ialah mengenai isu penyelia asrama yang layak dilantik menjadi guru terlatih, elaun khas upah menjahit baju bagi Skim U dan pemberian elaun tambang pengangkutan udara bagi penjawat awam anak Sarawak yang bertugas jauh dari daerah asal.

Selain CUEPACS Gred Sarawak, rombongan Gred Sabah, Gred Sistem Maklumat dan Gred Kewangan juga terlibat dalam sesi libat urus itu.

Hadir sama Setiausaha Agung CUEPACS Abdul Rahman Nordin serta timbalan-timbalan Setiausaha Agung CUEPACS iaitu Mohd Reostam Dzahar dan Mohd Zool Asmani Mahmood.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.064389 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list