CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8158|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki warga asing ditemui mati di Dataran Lawas

[Copy link]
Post time 24-1-2024 10:07 PM | Show all posts |Read mode


LAWAS: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati di Dataran Lawas, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata pihaknya yang menerima laporan kejadian daripada orang awam sekitar 5.20 petang bergegas ke lokasi kejadian.

"Semasa polis tiba di tempat kejadian, didapati seorang lelaki dalam keadaan tidak bernyawa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Liong memberitahu, berdasarkan keterangan awal saksi, lelaki itu dilihat duduk bermain telefon sebelum kejadian itu berlaku.

Menurutnya lagi, pemeriksaan lanjut turut mendapati tidak ada dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki tersebut.

Katanya, pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi turut mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia.

Jelasnya, kes itu masih dalam siasatan dan tindakan lanjut pihak polis.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.068255 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list