CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17095|Reply: 0

[Sarawak] Lebih RM16j kerugian kes komersial di Sibu

[Copy link]
Post time 23-1-2024 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM7.4 juta berbanding tahun 2022



Zulkipli merakam gambar bersama pegawai dan anggotanya pada Perhimpunan Bulanan (Januari) 2023 di pekarangan Padang Kawad IPD Sibu hari ini.

SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu merekodkan lebih RM16 juta kerugian akibat kes komersial di daerah ini tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACPZulkipli Suhaili berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM7.4 juta berbanding tahun sebelumnya.
Susulan itu jelasnya, sebanyak 615 kertas siasatan dibuka pada 2023 berbanding 443 kertas siasatan yang dibuka pada 2022.

“Penyelesaian kes bagi tahun 2023 adalah sebanyak 391 pertuduhan telah dibuat termasuk kejayaan penahanan tiga suspek dipercayai along di bawah Seksyen 5(2) APPW/427 Kanun Keseksaan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan (Januari) 2024 di sini, hari ini.

Selain itu katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu dalam tempoh Januari hingga Disember 2022 mencatat rampasan dadah bernilai melebihi RM1.7 juta manakala bagi tempoh sama pada 2023 nilai rampasan dadah dianggarkan melebihi RM2.6 juta.

“Pada 2022, kita merekodkan 879 tangkapan manakala 2023 pula 1,122 tangkapan,” katanya.

Zulkipli turut berkongsi kes indeks jenayah sepanjang tahun 2022 adalah sebanyak 438 kes dengan 422 daripadanya selesai iaitu kejayaan sebanyak 96 peratus.
“Pada 2023, jumlah keseluruhan kes jenayah ialah 518 dengan 445 (86 peratus) daripadanya selesai,” katanya.

Beliau juga yakin semua anggotanya mampu melakukan perubahan ke arah penambahbaikan perkhidmatan dengan kerja keras dan keikhlasan dalam memberikan yang terbaik kepada pasukan.

“Saya berharap semua warga IPD Sibu sentiasa komited, amanah dan berdedikasi dalam menjalankan tugas demi memastikan kesejahteraan dan ketenteraman serta keselamatan rakyat daerah Sibu amnya,” tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.329023 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list