CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15563|Reply: 0

[Sarawak] TBC: Permintaan untuk tarian singa melebihi tarian naga

[Copy link]
Post time 23-1-2024 08:57 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail menunjukkan persembahan tarian naga di hadapan sebuah rumah semasa sambutan TBC.

SIBU: Walaupun tahun ini adalah Tahun Naga Kayu, permintaan untuk tarian singa jauh melebihi tarian naga bagi sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) akan datang.

Ketua Jurulatih Persatuan Seni Mempertahankan Diri Sibu (SMNAA) Gilbert Wong berkata tempahan untuk tarian singa sangat banyak dengan TBC hanya tinggal dua minggu lagi.

"Terdapat juga permintaan untuk tarian naga tetapi tetapi tarian singa lebih popular," katanya.

Wong berkata, sambutan amat menggalakkan tahun ini dan tempahan untuk empat hari pertama telah penuh.

Beliau berkata, pihaknya menerima kira-kira 10 hingga 15 tempahan untuk empat hari pertama dan mereka mempersembahkan tarian singa dari jam 8 pagi hingga 6 petang, bergantung kepada lokaliti.

“Tarian singa sinonim dengan perayaan TBC dan sambutan TBC tidak lengkap jika diraikan tanpa tarian singa," jelasnya.

Wong percaya masyarakat Cina bakal meraikan TBC secara penuh tahun ini tanpa sekatan ke atas pandemik COVID-19 atau isu-isu lain.

Katanya, mereka telah berlatih bersungguh-sungguh di gim utama mereka di Jalan Lanang di sini untuk memperbaiki langkah serta menyelaraskan bunyi gong.

"Dalam tarian singa selain langkah penari, masa juga penting supaya persembahan mereka dapat memukau penonton," katanya sambil menambah, beliau sentiasa memberi penekanan kepada kualiti persembahan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3778 Replies : 22
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9122 Replies : 178
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29416 Replies : 212
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188749 Replies : 4305
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.207472 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list