KUCHING: BES Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) menganjurkan kempen sumbangan buku Books Build Legacy di Dataran Perayaan semasa Karnival Media Prima Jom Heboh dari 26 hingga 28 Januari ini.
Menurut kenyataan BES Sarawak, misi mengumpul itu menyasarkan 500 novel dan buku rujukan yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.
Sumbangan kemudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah yang terletak di kawasan luar bandar di seluruh negeri Sarawak.
Books Build Legacy merupakan sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seluruh negeri di bawah kempen Besarawak's Tribe Legacy Sarawak untuk membina nilai dan mencipta legasi bersama melalui kerjasama.
Program ini adalah yang terbesar seumpamanya dalam industri acara perniagaan dan bertujuan menggalakkan celik huruf, pendidikan, dan akses kepada bahan bacaan untuk kanak-kanak di luar bandar Sarawak.
Kotak pengumpulan boleh didapati di Sarawak Tourism Village, dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Sesiapa yang ingin menderma boleh menghubungi Elynnie D. Jau (Pengurus—Perhubungan Kerajaan) di elynnie@sarawakcb.com atau +6019-818-1231 atau Jocelyn Chong (Pembantu Perhubungan Kerajaan) di jocelyn@sarawakcb.com atau +6014-686-1100.
|