CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9533|Reply: 0

Indonesia hantar surat bantahan kepada AFC

[Copy link]
Post time 16-1-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali pasukan Indonesia, Shin Tae-yong tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil membenarkan gol kedua Iraq dalam aksi Kumpulan D Piala Asia di Stadium Ahmad Ali, Al Rayyan, Qatar. - Foto AFP

AL RAYYAN: Pengurus pasukan Indonesia, Endri Erawan berkata, pihaknya sudah menghantar bantahan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkaitan gol kedua Iraq.

Indonesia tewas 3-1 dalam aksi pertama Kumpulan D bertemu Iraq di Stadium Ahmad Ali malam tadi.

Selepas Marselino Ferdinan mengimbangi jaringan pembukaan Iraq oleh Mohamed Ali, Osama Rashid membolosi gawang Indonesia dalam masa kecederaan babak pertama.

Namun jaringan berkenaan mencetus kontroversi kerana dikatakan ofsaid, dan Indonesia sedia membantahnya secara rasmi.



Menurut Endri, surat bantahan sudah diserahkan kepada pegawai perlawanan. Dia berharap perkara sama tidak akan berulang.

Pengendali skuad Indonesia, Shin Tae-yong turut tidak berpuas hati dengan jaringan kedua Iraq itu yang disahkan oleh VAR.

Baginya, pemain Iraq, Mohanad Ali jelas berada dalam kedudukan ofsaid sebelum Osama menjaringkan gol.

"Saya tidak tahu kenapa gol kedua tidak dianggap ofsaid. Saya tidak dapat menerimanya. Ia 100 peratus ofsaid. Keputusan ini akan menjatuhkan nilai Piala Asia," kata Tae-yong. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... bantahan-kepada-afc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034581 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list