View: 7554|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kekang kegiatan 'orang tengah' melalui KPLK
[Copy link]
|
|
Petugas Lembaga Pemasaran Pertanian Persektuan (FAMA) memeriksa barangan Jualan Agro Madani di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berusaha mengekang pembabitan 'orang tengah' bagi mengawal harga sayur dan buah-buahan dengan merancakkan Program Khidmat Pemasaran Ladang Kontrak (KPLK).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Fama, Abd Rahman Mahmood berkata, sehingga kini seramai 3,232 peserta KPLK di seluruh negara.
"Malah setiap tahun kita mensasarkan 1,000 peserta baharu dan menggalakkan lebih ramai petani berdaftar di bawah Fama, sekali gus mampu mengekang kewujudan orang tengah yang menyebabkan berlaku kenaikan harga.
"Peserta KPLK bertindak sebagai pengeluar dan akan memasarkan terus produk masing-masing menerusi agensi kepada usahawan.
"Sekiranya lebih ramai peserta dan mereka akan menjual secara langsung kepada peniaga, harga sayur-sayuran dan buah-buahan akan lebih terkawal, berbanding keadaan sekarang. Tujuan utama kita adalah mengekang pembabitan orang tengah," katanya pada sidang media selepas melawat Jualan Agro Madani di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Fama Kelantan, Wan Faizatul Aniza Ismayatim.
Mengulas lanjut Abd Rahman berkata, kegagalan petani berdaftar dengan Fama disebabkan beberapa faktor termasuk takut dikenakan cukai selain kaedah penanaman tidak memenuhi piawaian ditetapkan.
"Kita sangat menggalakkan semua petani ini berdaftar dengan Fama dan agensi-agensi lain kerana menerusi pendaftaran itu kita dapat mengumpul data dan hasil tanaman.
"Namun ramai dalam kalangan mereka mengusahakan tanaman tidak mengikut piawaian menyebabkan mereka enggan menjadi peserta KPLK," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tengah-melalui-kplk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|