|
Juara bertahan, Manchester City akan berdepan Tottenham Hotspur pada pusingan keempat Piala FA. - Foto AGENSI
LONDON: Juara bertahan, Manchester City akan berdepan Tottenham Hotspur pada pusingan keempat Piala FA, manakala Manchester United mungkin berdepan pasukan bukan liga, Eastleigh.
City tewas kesemua lima perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur sejak stadium baharu itu dibuka pada tahun 2019, dan gagal menjaringkan sebarang gol.
Tottenham, yang mara ke pusingan 32 terakhir dengan kemenangan 1-0 ke atas Burnley pada Jumaat, menjaringkan gol lewat permainan untuk keputusan 3-3 ketika bertemu City di Stadium Etihad pada Disember.
United mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan Wigan 2-0 hasil jaringan Diogo Dalot dan sepakan penalti Bruno Fernandes.
Di pusingan keempat, United diundi bertemu pemenang antara pasukan bukan liga, Eastleigh dan kelab divisyen empat, Newport County.
Chelsea akan melayan kunjungan Aston Villa untuk pusingan keempat.
Maidstone, satu lagi pasukan bukan liga yang masih dalam saingan, akan bertandang ke laman pasukan Liga Kejuaraan, Ipswich.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool akan menerima kunjungan sama ada Norwich atau Bristol Rovers selepas menewaskan Arsenal 2-0 pada pusingan ketiga.
Undian pusingan keempat Piala FA:
Watford mln Southampton
Blackburn mln Wrexham
Bournemouth mln Swansea
West Brom mln Brentford/Wolves
West Ham/Bristol City mln Nottingham Forest/Blackpool
Leicester mln Hull/Birmingham
Sheffield Wednesday mln Coventry
Chelsea mln Aston Villa
Ipswich mln Maidstone
Liverpool mln Norwich or Bristol Rovers
Tottenham mln Manchester City
Leeds mln Plymouth
Crystal Palace/Everton mln Luton/Bolton
Newport/Eastleigh mln Manchester United
Sheffield United mln Brighton
Fulham mln Newcastle
https://www.bharian.com.my/sukan ... t-piala-fa-inggeris |
|