CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5807|Reply: 0

Broja sahut cabaran, bantu Chelsea raih kemenangan

[Copy link]
Post time 7-1-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode

BROJA meraikan kejayaan meledak gol bersama rakan sepasukan. -FOTO Reuters

London: Penyerang Armando Broja mengemudi kemenangan 4-0 Chelsea ke atas kelab Liga Kejuaraan, Preston North End pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris awal pagi tadi, memenuhi cabaran jurulatih Mauricio Pochettino supaya pemain Albania itu menggunakan peluang diberi terhadapnya.

Broja, yang jarang bermain musim ini disebabkan kecederaan dan kehadiran Nicolas Jackson yang kini bersama Senegal pada Piala Negara-Negara Afrika, menjaringkan gol pembukaan Chelsea pada minit ke-58 menerusi tandukan padu susulan hantaran silang Malo Gusto.

Broja memukau perhatian sebelum Thiago Silva, yang baru masuk sebagai pemain gantian, menanduk kencang berikutan sepakan sudut Cole Palmer pada minit ke-66 ketika The Blues mula mengganas selepas babak pertama yang hambar.

Raheem Sterling melencongkan sepakan percuma bagi gol ketiga dan lima minit sebelum tamat Enzo Fernandez melengkapkan jaringan, sekalipun dia terpaksa menunggu lama sebelum VAR mengesahkan gol itu dan mampu untuk meraikannya.



Bercakap selepas perlawanan, Pochettino memuji prestasi Broja tetapi menegaskan bahawa dia perlu memperbaiki dan 'meningkatkan'.

"Ia sangat penting untuknya," katanya menerusi Daily Mail.

"Saya perlu jujur, dia perlu menggunakan permainan jenis ini untuk menjaringkan gol dan merasai jaringan dan untuk memperbaiki diri.

"Meningkatkan bukan sahaja dalam kecergasannya tetapi bahasa badannya juga.

"Dia perlu melangkah dan maju dan bergerak. Dia perlu lebih banyak tersenyum dan lebih positif," katanya.

Pertandingan piala domestik satu-satunya peluang Chelsea untuk memenangi kejuaraan musim ini dengan pasukan itu terdampar di tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris.

Mereka akan berdepan Middlesbrough pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris awal pagi Rabu ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sea-raih-kemenangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.031675 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list