CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10528|Reply: 0

[Kedah] Jemaah disaran pakai pelitup muka

[Copy link]
Post time 3-1-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-1-2024 10:55 AM

Jemaah disaran pakai pelitup muka


Noorazura Abdul Rahman
[email protected]



GAMBAR HIASAN




Alor Setar: Jemaah yang melaksanakan aktiviti keagamaan di masjid dan surau digalakkan memakai pelitup muka berikutan peningkatan penularan kes Covid-19 di negeri ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Abd Ghani@ZULKIFLI Zainudin berkata, arahan itu dikeluarkan selaras saranan Kementerian Kesihatan (KKM) agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, ia bertujuan memastikan penularan virus Covid-19 terutama dalam kalangan penduduk dapat dikawal dan dicegah.

"Adalah digalakkan memakai pelitup muka ketika melaksanakan aktiviti solat berjemaah, menghadiri kuliah dan sebagainya.

"Jemaah yang berisiko terhadap jangkitan Covid-19 dan individu yang mempunyai simptom demam, selesema dan batuk dinasihatkan agar tidak menghadiri sebarang aktiviti keagamaan di masjid dan surau," katanya.

Katanya, pihaknya menasihatkan setiap jemaah mengambil langkah pencegahan seperti yang disarankan KKM.

Sementara itu, tiga daerah di Kedah iaitu Kulim, Kuala Muda dan Alor Setar mencatatkan jangkitan Covid-19 yang membimbangkan.

Perkara itu disebabkan peningkatan kemasukan pengunjung berikutan musim cuti persekolahan selain negeri ini menjadi laluan untuk memasuki Thailand.

Timbalan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Norizan Ismail berkata, setakat 23 Disember lalu, lebih 9,000 kes Covid-19 direkodkan dengan 40 kematian.

Menurutnya, laporan kes paling tinggi adalah di Kulim, Kuala Muda dan Alor Setar.



Disiarkan pada: Januari 3, 2024 @ 10:39am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.221570 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list