CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16950|Reply: 0

[Kedah] Penduduk bimbang Sungai Alor Merah penuh pokok tumbang, sampah

[Copy link]
Post time 2-1-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk bimbang Sungai Alor Merah penuh pokok tumbang, sampah


M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]



PRNDUDUK meninjau keadaan Sungai Alor Merah di sini, yang tersumbat akibat dipenuh sisa sampah dan pokok tumbang. FOTO M Hifzuddin Insaf




Alor Setar: Masalah sungai yang tidak diselenggara dan dibersihkan sejak lebih 10 tahun lalu, menyebabkan kira-kira 1,000 penduduk Alor Merah di sini, resah setiap kali cuaca hujan kerana bimbang berlaku banjir.

Aliran Sungai Alor Merah kini tersekat akibat pokok tumbang dan timbunan sampah di sepanjang tebingnya.

Imam Masjid Ar Rahman, Alor Merah, Ustaz Azman Ali Mahsen, 36, berkata sepanjang tahun lalu sahaja, berlaku tiga kali kejadian banjir yang menjejaskan 200 rumah sekitar Jalan Sekolah, Jalan Dato' Syed Ahmad dan Kampung Hujung Alor.

Katanya, sebelum ini penduduk menjangka banjir hanya berlaku pada musim tengkujuh sahaja, tetapi kini ia boleh berlaku hanya disebabkan hujan berlarutan.

"Banyak pokok tua di tebing sungai tumbang dan sampah tersangkut menyebabkan aliran sungai menjadi perlahan sehingga air melimpah ke kawasan rumah penduduk setiap kali musim hujan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Penduduk, Abdul Wahab Bakar, 74, berkata kali terakhir kerja penyelenggaraan Sungai Alor Merah membabitkan kerja mendalamkan dasarnya dan pembersihan kawasan tebing dibuat lebih 10 tahun lalu.

"Selepas lima tahun diselenggara, masalah banjir kembali berulang. Sungai Alor Merah sepatutnya diselenggara secara tetap kerana banyak pembangunan baharu berlaku selain berlaku peningkatan jumlah penduduk kampung.

"Sepatutnya kerja mendalamkan sungai dibuat setiap tahun bagi mengelak banjir berlaku," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Dzowahir Ab Ghani berkata kerja pembersihan dan mendalamkan sungai itu dimulakan Mac depan.

"Aa membabitkan kerja penyelenggaraan sepanjang tiga kilometer termasuk melebarkan sungai mengikut rezab yang ditetapkan.

"Kita sudah berbincang bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melakukan kerja mendalamkan semula dan menebang pokok sekitar tebing bagi mengelak banjir berulang pada masa hadapan," katanya.

Pada masa sama, beliau meminta penduduk terutama yang tinggal di kawasan berdekatan tebing tidak membuang sampah terutama sisa plastik dan pertanian ke dalam sungai kerana ia menjadi punca aliran sungai tersekat.



Disiarkan pada: Januari 2, 2024 @ 1:37pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.834524 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list