CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25021|Reply: 0

[Kedah] Gerai disewa kepada warga asing diroboh

[Copy link]
Post time 1-1-2024 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Gerai disewa kepada warga asing diroboh

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
01 Januari 2024 03:51pm




Kerja-kerja meroboh dilaksanakan ke atas sebuah gerai yang dikesan dibina atas tanah rizab milik kerajaan di Sungai Petani pada Isnin.



SUNGAI PETANI - Sebuah gerai dipercayai disewa warga asing dirobohkan dalam satu operasi dijalankan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) pada Isnin.

Ahli Majlis MPSPK, Lean Hooi Chian berkata, gerai yang menjual barangan keperluan harian di Bandar Perdana itu dipercayai disewakan penduduk tempatan kepada peniaga asing dengan harga RM2,000 sebulan.



Menurutnya, pada 19 Disember lalu, amaran terakhir telah diberikan, namun individu terlibat dilihat masih meneruskan perniagaan seperti biasa menyebabkan arahan roboh dikeluarkan.

"Tindakan ini adalah hasil aduan orang ramai yang tidak berpuas hati apabila sisa makanan dan tandas yang dibina di bahagian belakang gerai dialirkan ke longkang rumah penduduk menyebabkan risiko terhadap aspek kebersihan dan pencemaran.



"Kita juga mendapat aduan bahawa gerai ini sebelum ini dikesan pernah menjual minyak masak paket bersubsidi dan rokok seludup sehingga beberapa kali telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa," katanya.

Dalam masa sama, tindakan roboh dilakukan adalah disebabkan ia dibina secara haram atas tanah rizab kerajaan.

Difahamkan, gerai berkenaan beroperasi sejak setahun lalu.

Operasi turut disertai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Sungai Petani dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.045360 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list