CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24981|Reply: 1

[Pulau Pinang] Penat nak balik jauh selepas rai tahun baharu alasan pasangan disyaki khalwat

[Copy link]
Post time 1-1-2024 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Penat nak balik jauh selepas rai tahun baharu alasan pasangan disyaki khalwat


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 1, 2024 @ 1:39pm  [email protected]




Antara pasangan ditahan kerana disyaki berkhalwat, dalam operasi dijalankan JHEAIPP, awal pagi tadi.




GEORGETOWN: Menginap bersama pasangan bukan mahram kerana penat untuk melakukan perjalanan pulang yang jauh selepas meraikan sambutan Tahun Baharu 2024, ialah antara alasan diberikan sebahagian daripada tujuh pasangan ditahan pihak berkuasa agama kerana disyaki berkhalwat, di sini, awal pagi tadi.

Mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam Operasi Ambang Tahun Baharu yang dijalankan antara jam 12 tengah malam hingga 4 pagi di beberapa rumah tumpangan serta hotel bajet sekitar Bayan Lepas, Bukit Jambul dan Sungai Nibong.

Antara pasangan terbabit ialah seorang lelaki tempatan yang disyaki berkhalwat dengan wanita asing bukan Islam di sebuah rumah tumpangan di Bukit Jambul.

Ketika serbuan itu, pasangan berusia 20-an terbabit dilaporkan hanya membuka pintu bilik kira-kira 15 minit kemudian, dan hasil siasatan pihak berkuasa mendapati mereka adalah kenalan di tempat kerja.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Anuar Ismail, berkata kebanyakan pasangan yang ditahan itu berasal dari negeri bersempadan dengan Pulau Pinang.

"Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, iaitu berkhalwat.

"Penguat kuasa JHEAIPP akan melakukan operasi seumpamanya dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan tidak bermoral," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam operasi berkenaan, penguat kuasa turut merampas beberapa kondom, termasuk yang sudah digunakan.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2024 07:12 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059520 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list