CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41294|Reply: 0

[Kedah] Duda bawa anak dicekup berkhalwat dengan ibu tunggal anak 5

[Copy link]
Post time 1-1-2024 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Duda bawa anak dicekup berkhalwat dengan ibu tunggal anak 5


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



JANDA anak lima yang dicekup berkhalwat dengan duda anak satu dalam bilik motel di Kulim. FOTO Ihsan PADK




Kulim: Duda anak satu dicekup berkhalwat dengan janda anak lima di bilik sebuah motel di sini sempena Tahun Baru 2024, hari ini.

Ketika dicekup pada 1.15 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disyaki anak lelaki berkenaan turut berada di dalam bilik motel berkenaan.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, lelaki itu membuka pintu bilik berkenaan dan membenarkan pihaknya menjalankan pemeriksaan.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan di dalam bilik motel itu, lelaki berusia 40 tahun itu bersama anak lelakinya berada di dalam bilik itu dengan seorang wanita.

"Lelaki yang juga pekerja kedai makan itu memberi alasan hanya datang menghantar makanan kepada wanita berusia 32 tahun itu.

"Bagaimanapun, soal siasat mendapati, wanita yang tidak bekerja itu sudah seminggu tinggal di bilik motel berkenaan yang dibayar lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Sharifudin berkata, pasangan itu mendakwa berkenalan di kedai makan, tempat lelaki itu bekerja.

Beliau berkata, pemeriksaan juga mendapati, mereka tidak memiliki sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki berkhalwat.

"Lelaki yang berasal dari Serdang, Bandar Baharu itu dan pasangannya yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, ditahan kerana disyaki berkhalwat," katanya.

Sementara itu, dalam tangkapan berasingan di sebuah bilik hotel di Taman Melawis di sini, 2.06 pagi tadi, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam dengan pasangannya yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.

Anwar Sharifudin berkata, lelaki yang beralamat tempat kerjanya di Kuala Lumpur itu mendakwa berkenalan dengan pasangannya yang berasal dari daerah ini melalui media sosial, sejak lebih sebulan lalu.

"Mereka memberi alasan hanya datang berehat di hotel itu selepas menyaksikan pertunjukan bunga api di Pulau Pinang.

Anwar Sharifudin berkata, kedua-dua pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.



Disiarkan pada: Januari 1, 2024 @ 8:16am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.652475 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list