CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31220|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'ES-GAD Race' permainan kenal pasti tanda kemurungan digital

[Copy link]
Post time 31-12-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode
'ES-GAD Race' permainan kenal pasti tanda kemurungan digital


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP




Georgetown: Program 'ES-GAD Race' yang dianjurkan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui kempen Reboot memberi pendedahan untuk mengenalpasti tanda dan simptom kemurungan digital.

Bukan itu saja, aktiviti berbentuk permainan eksplorasi itu turut menggalakkan perbincangan secara terbuka mengenai isu kesihatan mental khususnya dalam kalangan belia dan remaja.

Pengarah projek, N Elangkoven Nair berkata, aktiviti itu adalah satu daripada agenda penting dalam kempen Reboot yang menggabungkan aspek hiburan dan pendidikan.

Menurutnya, berdasarkan permainan yang disusun rapi dan teliti, ia memberi peluang kepada peserta bermain sambil belajar mengenai isu kemurungan digital.

"Pendekatan inovatif ini bukan saja dapat menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan, tetapi ia juga langkah efektif menggalakkan pembentukan perbincangan secara terbuka mengenai kesihatan mental.

"Tambahan lagi, program ini turut memberi fokus membantu golongan belia dengan memberi pendedahan mengenai isu kemurungan digital supaya mereka menjadi lebih bersedia menghadapi cabaran yang wujud dalam dunia era digital.

"Sehubungan itu, setiap inti pati permainan disusun rapi agar selari dengan objektif kempen Reboot," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, antara permainan yang disediakan dalam aktiviti itu ialah 'Popping Balloon Challenge', 'Stigma Tac Toe', 'Memory Card Challenge' dan 'Strike Storm and Word Forming'.

"Keempat-empat permainan ini memfokuskan kepada kemampuan mengenal tanda dan simptom kemurungan digital.

"Selain itu, permainan terakhir, 'Mindquest Challenge' pula berkonsepkan penekanan yang mendorong perbincangan secara terbuka dalam kalangan peserta mengenai kesihatan mental dan tabiat penggunaan digital.

"Di sini kita dapat lihat selain menawarkan keseronokan, setiap aktiviti ini mampu menguji kemahiran berfikir dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta," katanya.

Sementara itu, peserta, Amerul Shah berkata, antara mesej disampaikan melalui aktiviti itu ialah mengenai sindrom 'ketakutan kehilangan' (FoMO) dan 'standard kecantikan tidak realistik' (UBS).

"Bagi saya mesej paling ketara yang saya dapat ialah mengenai isu FoMO, saya baru sedar yang semua orang sebenarnya mengalami masalah yang berpunca daripada penggunaan media sosial itu sendiri.

"Kebanyakan orang rasa terlepas atau tertinggal banyak perkara dan mempunyai perasaan negatif iaitu hidup mereka tidak sebaik hidup orang lain, tetapi sebenarnya semua orang sama saja," katanya.



Disiarkan pada: Disember 31, 2023 @ 2:44pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.101072 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list