CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4536|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kelab motor sumbang RM6,000 untuk Palestin

[Copy link]
Post time 28-12-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Biro TV3 Pulau Pinang Selwam Arjunan (empat dari kanan) di Pejabat TV3 Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, mewakili Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, menerima serahan sumbangan sebanyak RM6,000 daripada Kelab Adventure Touring Motorsports (ATMS) yang diserahkan Presidennya, Arashid Ramli (tiga dari kiri). FOTO IHSAN ATMS

Georgetown: Kelab Adventure Touring Motorsports (ATMS) mengambil masa tujuh hari bagi mengumpul wang sumbangan berjumlah RM6,000 untuk disumbangkan ke dalam Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Sumbangan berkenaan diserahkan Presidennya Arashid Ramli kepada Ketua Biro TV3 Pulau Pinang, Selwam Arjunan di Pejabat TV3, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, tadi.

Arashid berkata, sumbangan itu dikumpul dalam kalangan ahli kelab motosikal itu membabitkan kira-kira 100 ahli.

"Kami mengambil masa selama tujuh hari bagi mengumpulkan sumbangan sebanyak RM6,000 daripada kalangan ahli.



"Diharap kutipan seumpamanya dapat dilakukan lagi pada masa akan datang sebagai tanda sokongan dan membantu sesama insan," katanya,

Pada 10 Oktober lalu, Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan bagi mengaktifkan semula Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, susulan krisis kemanusiaan terkini di Palestin.

Tabung itu bertujuan bagi mengumpul sumbangan orang ramai bagi membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas dalam zon konflik.

Orang ramai boleh membuat sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima melalui akaun Bank Muamalat 14010008844715 atau Maybank 564276510331.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 6000-untuk-palestin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.051098 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list