View: 3686|Reply: 0
|
Arsenal tak rela hilang takhta EPL
[Copy link]
|
|
HAVERTZ bakal tersisih menentang West Ham kerana menjalani penggantungan satu perlawanan disebabkan mengutip kad kuning maksimum. – AFP
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa para pemainnya agar ‘membunuh’ perlawanan lebih awal dengan memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki jika mahu terus kekal menguasai puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Gunners berjaya melepasi ujian daripada Liverpool di Anfield pada Ahad lalu dan kini perlu berdepan satu lagi tugas getir menentang West Ham United di Emirates awal pagi esok.
Perlawanan itu dilihat lebih rumit kerana Arsenal gagal menewaskan The Hammers dalam dua pertemuan terakhir termasuk tewas 1-3 kepada lawan tersebut pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris awal bulan lalu.
Kem Arsenal juga menyedari West Ham ketika ini berada pada momentum terbaik selepas menewaskan Manchester United 2-0 pada Sabtu lalu.
“Kami perlu cepat ‘membunuh’ perlawanan kerana kadang-kadang keputusan terlalu rapat antara kedua-dua pasukan. Saya menaruh kepercayaan kepada para pemain untuk meningkatkan perkara ini,” kata Arteta.
Bagaimanapun, Arsenal terpaksa mengharungi perlawanan itu tanpa kelibat bintang tengah Jerman, Kai Havertz yang menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning maksimum ketika menentang Liverpool.
Kemungkinan besar pengendali berusia 41 tahun itu akan menurunkan Leandro Trossard atau Emile Smith-Rowe yang kini sudah kembali cergas sepenuhnya daripada masalah kecederaan lutut.
Dalam masa sama, Arteta juga berdepan risiko kehilangan seorang lagi pemain sekiranya Ben White menerima kad kuning menentang West Ham, sekali gus digantung daripada aksi bertemu Fulham di Craven Cottage pada Ahad ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -hilang-takhta-epl/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|