CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5615|Reply: 0

[Kedah] Pemandu lori tidak mengaku simpan diesel tanpa lesen

[Copy link]
Post time 27-12-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode

PEMANDU lori didakwa menyimpan diesel tanpa lesen sah. FOTO Noorazura Abdul Rahman.

Sungai Petani: Pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menyimpan lebih 24,000 liter diesel tanpa lesen, tahun lalu.

Tertuduh, G Chandrakumar, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Chandrakumar didakwa mempunyai dalam kawalannya barang kawalan berjadual iaitu diesel berjumlah 24,676 liter dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah.

Perbuatan dilakukan di sebuah premis di Kawasan Perusahaan Pinang Emas, di sini pada 1.13 petang, 4 Oktober 2022 dan melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Roslina Idris, manakala tertuduh diwakili peguam T Sharmela.

Roslina kemudian mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM50,000, bagaimanapun Sharmela memohon jaminan lebih rendah iaitu RM20,000 mengambil kira tertuduh perlu menanggung ibunya yang sakit jantung dan sudah tua.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, selain perlu melapor diri di balai polis terdekat pada setiap bulan bermula 1 Februari.

Sebutan semula kes ditetapkan 5 Februari depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -diesel-tanpa-lesen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045763 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list