View: 2830|Reply: 0
|
Juara kelab dunia ‘dahagakan’ gelaran
[Copy link]
|
|
CITY berharap kejayaan menjulang Piala Kelab Dunia memberikan motivasi kepada mereka untuk memulihkan prestasi dalam kempen EPL musim ini. – MANCHESTER CITY FC
MANCHESTER – Kejayaan merangkul Piala Kelab Dunia baru-baru ini nyata membakar semangat pemain-pemain Manchester City bagi memburu lebih banyak gelaran termasuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
City dianggap menampilkan aksi kurang memberangsangkan pada kempen EPL musim ini apabila juara bertahan itu sekadar menghuni tangga kelima selepas mencatat 10 kemenangan, empat seri dan tiga kekalahan.
Justeru, pemain pertahanan The Citizens, Nathan Ake melaungkan amaran bahawa pasukan itu masih dahagakan kejuaraan dan sedia untuk kembali ke landasan sebenar menjelang pertemuan dengan Everton di Goodison Park awal pagi esok.
“Semua pemain berada dalam keadaan sangat gembira dan bersemangat ketika ini. Kami tahu bagaimana rasanya mengalami kekalahan dan kami tidak mahu perkara seperti itu kembali berulang dalam pasukan.
“Sudah tentu semua pemain tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini bagi mengekalkan rentak kemenangan. Sekarang kami akan kembali kepada saingan EPL dan fokus sepenuhnya untuk menang,” katanya.
Dalam pada itu, Ake turut memuji kredibiliti dimiliki pengurus City, Pep Guardiola yang dianggap sebagai jurulatih terbaik di dunia atas kemampuan beliau dari segi teknikal serta pengurusan pasukan.
“Kami anggap setiap hari kami belajar sesuatu yang baharu daripada Pep (Guardiola). Dari segi teknikal, beliau memiliki kemahiran yang cukup baik selain melihat permainan bola sepak daripada perspektif berbeza,” ujar Ake. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -dahagakan-gelaran/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|