View: 2305|Reply: 0
|
Hojlund buat Ten Hag tersenyum
[Copy link]
|
|
HOJLUND akhirnya berjaya meledak gol di EPL. FOTO AFP
Manchester: Rasmus Hojlund menoktahkan perlawanan mendebarkan Manchester United yang bangkit daripada ketinggalan dua gol.
Penyerang Denmark itu menjaringkan gol buat kali pertama dalam Liga Perdana Inggeris untuk mengesahkan kemenangan dramatik 3-2 menentang Aston Villa pagi tadi.
Skuad kendalian Erik ten Hag sekali lagi berada di ambang bahaya berdepan kekalahan apabila gol daripada John McGinn dan Leander Dendoncker meletakkan Villa di depan pada separuh masa pertama di Old Trafford.
United, diejek oleh penyokong ketika memasuki bilik persalinan namun mereka berjaya bangkit bermula dengan jaringan Alejandro Garnacho.
Garnacho sekali lagi menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan sebelum Hojlund akhirnya menamatkan kemarau jaringan ketika aksi berbaki lapan minit.
Ia adalah gol liga sulung Hojlund untuk United dalam penampilan ke-15 dan keenam dalam semua pertandingan sejak berpindah dari Atalanta pada Ogos.
Serangan tajam Hojlund menamatkan rekod tanpa kemenangan United dalam empat perlawanan dalam semua pertandingan dan mengangkat mereka ke tangga keenam dalam EPL.
"Pada rehat separuh masa saya berkata kepada pasukan, 'terus percaya'. Suasana banyak berubah dari separuh masa pertama kepada babak kedua," kata Ten Hag.
"Jika kami bermain yang terbaik, kami boleh menewaskan sesiapa sahaja. Walaupun anda ketinggalan dua gol, ia tidak penting. Teruskan, tunjukkan watak. Hari ini mereka menunjukkan kami mempunyai personaliti untuk melakukannya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-ten-hag-tersenyum |
|
|
|
|
|
|
| |
|