CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5091|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan air di Pulau Pinang hampir pulih 100 peratus

[Copy link]
Post time 27-12-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Bekalan air di Pulau Pinang hampir pulih 100 peratus


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP




Bayan Lepas: Pemulihan bekalan air di daerah Barat di sini, hampir mencecah 100 peratus setakat jam 10 malam, hari ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menerusi kenyataannya berkata, pengisian semula air sudah dilakukan ke dalam tangki air yang tinggi di Sunway Cassia dan dijangka penuh pada jam 5 pagi esok.

Sementara, di Relau Vista, lori tangki sedang mengepam air terus ke tangki sedutan bagi bekalan kepada penduduk dan proses pengisian penuh.

"Di Flat Lily, Balik Pulau pula, lori tangki sudah mengepam air terus ke atas bumbung.

"Pelanggan dijangka menerima bekalan air sebaik sahaja tangki air di isi sepenuhnya," menurut kenyataan itu di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu PBAPP memaklumkan seramai 200,000 pengguna di sekitar daerah Seberang Perai dan Barat Daya terjejas susulan pelaksanaan pembaikan saluran paip yang pecah di dasar sungai Sungai Perai pada 19 Disember lalu.

Sementara itu, mulai 10 hingga 14 Januari depan, kira-kira 590,000 penduduk Pulau Pinang dijangka berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan di Loji Rawatan (LRA) Sungai Dua.



Disiarkan pada: Disember 27, 2023 @ 12:44am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035014 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list