View: 13478|Reply: 0
|
34 penalti tentukan pemenang separuh akhir
[Copy link]
|
|
Aksi separuh akhir Piala Super Mesir antara Modern Future dan Pyramids berlanjutan ke penentuan penalti selepas terikat 0-0 dalam waktu permainan sebenar. - Foto AGENSI
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu: Sebanyak 34 sepakan penalti diperlukan untuk memisahkan Modern Future dan Pyramids dalam aksi separuh akhir Piala Super Mesir.
Modern Future akhirnya menewaskan Pyramids 14-13 dalam penentuan penalti yang memerlukan 34 sepakan selepas perlawanan terikat 0-0 dalam masa sebenar.
Modern Future, yang akan berdepan sama ada Al Ahly atau Ceramica Cleopatra pada final, gagal menyempurnakan tiga sepakan penalti manakala Pyramids tewas selepas empat kali gagal menemui sasaran dalam penentuan penalti di Stadium Mohammed Bin Zayed di Abu Dhabi.
Pertahanan Pyramids, Osama Galal dua kali mensia-siakan sepakan penaltinya, termasuk sepakan penentuan yang memberikan kemenangan kepada Future.
Bagaimanapun jumlah sepakan penalti itu masih jauh berbanding rekod terbanyak dicatat ketika Washington FC menewaskan Bedlington Terriers 25-24 di England tahun lalu. Sebanyak 54 sepakan penalti terpaksa diambil untuk menentukan pemenang.
Pada tahun 2005, perlawanan Piala Namibia antara KK Palace dan Civics menyaksikan 48 sepakan penalti terpaksa diharungi. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... enang-separuh-akhir |
|
|
|
|
|
|
| |
|