CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6860|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Aliran trafik di lebuh raya utama mulai sesak pagi ini

[Copy link]
Post time 23-12-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Aliran trafik di lebuh raya utama mulai sesak pagi ini berikutan pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Krismas, Isnin ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, trafik sesak dan perlahan arah utara dari Sungai Buloh menuju ke Bukit Beruntung, setakat 9.30 pagi ini.

Terdapat kemalangan di KM 426.5 arah selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dengan lorong kanan di kedua-dua arah masih ditutup dan trafik menuju utara sesak sepanjang 11 kilometer manakala trafik arah selatan masih terkawal.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya memaklumkan terdapat kemalangan di KM182.2 arah utara dari Jasin ke Ayer Keroh dengan lorong kanan terhalang serta trafik sesak sepanjang empat kilometer.

Sementara itu, trafik turut dilaporkan perlahan sebelum Plaza Tol Gombak arah timur dari Gombak hingga ke Genting Sempah berikutan pertambahan kenderaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ulai-sesak-pagi-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.326296 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list